Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

PT3 : Di antara Amanah dan Matlamat

0 comments
Maklumat terkini istilah soalan peperiksaan sudah ditukar panggilannya kepada kertas peperiksaan.
Semua pihak ingin melihat kecemerlangan keputusan pt3 yg akan diperolehi oleh semua anak-anak pelajar. Namun sejauh manakah persediaan dan kesungguhan anak-anak pelajar berbanding para guru, hakikatnya para guru lebih bersungguh-sungguh dalam memastikan anak didiknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3. Maka kita dapat lihat pelbagai cara dan kaedah digunapakai bagi memperolehi cita2 yang murni itu.

Thursday, August 2, 2012

Kuatkan iman di bulan Ramadhan

0 comments
Inilah masa terbaik untuk kita meningkatkan iman kita, untuk kita menguatkan iman kita.Iman adalah sebaik2 perisai untuk menghadapi serangan jahat syaitan dan hawa nafsu kita.Bulan Ramadhan masa yang paling tepat dan sesuai untuk kita membajai jiwa kita dengan baja iman.

Saturday, March 31, 2012

Kecemerlangan menuntut satu pengorbanan tinggi

0 comments
Ana mula merasai satu tamparan dlm dunia pendidikan apabila guru yg secara sukarela mengadakan kelas tuisyen ba tanpa meminta sebarang bayaran demi melihat anak bangsa seagama berjaya cemerlang.Namun pengorbanan seorang guru belum dpt difahami oleh murid yg masih leka dan hanyut dlm dunia kebudak-budakkan.Kehadiran yg sepatutnya 17 org tapi yg hadir hanya 10 org shj.Inilah cabaran dan inilah gangguan2 yg tidak sepatutnya berlaku.Bunyi shj pelajar terpilih.Ya, tetapi terpilih dr kalangan pelajar yg tidak mahu dirinya dipilih.Setiap tahun itulah kekangannya namun guru sentiasa bersabar..Tanpa kesabaran maka tiadalah kejayaan...pelajar yg sedar nasihatilah pelajar yg kurang kesedaran...

Sunday, March 25, 2012

Johan Tilawah MTQ Zonpen 2 2012

0 comments
Tahniah diucapkan kpd peserta dr SMKBd - Muhd Syahmin di atas kejayaan mendpt johan dlm tilawah al Quran menengah bg zonpen 2. MTQ bg zonpen 2 diadakan di SMK Kubang Golok.Didoakan semoga adik Syahmin dpt meneruskan lagi perjuangan ke peringkat ppd dan seterusnya negeri. Cuma beberapa perkara masih perlu diperbaiki cnthnya dr segi tajwid, lagu, fasohah dn suara.Ikutlah apa yg diajar oleh guru dn hormatilah guru, terutama dlm bidang al Quran. Pendidikan dn pembelajaran al Quran mesti melalui teknik talaqqi musyafahah.

Friday, March 2, 2012

Masalah Khilafiyyah : di antara puncanya...

0 comments
Khilaf ertinya berselisih pendapat atau pendapat yang berbeza di antara satu sama lain. Manusia dicipta akal fikiran, hasilnya banyak buah fikiran yang kadang-kadang membawa perbezaan pandangan dan pendapat. Masalah ini bermula semenjak terciptanya manusia, iaitu semenjak zaman Nabi Adam a.s. Perselisihan di antara Habil dan Qabil satu contoh bermulanya perselisihan. Cuma ada segelintir kalangan umat Islam yang menolak masalah khilafiyyah seratus peratus. Ini satu kesilapan. Masalah khilafiyyah dalam Islam berlaku lantaran perbezaan cara memahami sumber hukum hakam Islam yang bersumberkan bahasa Arab. Al Quran berbahasa Arab, Al Hadis berbahasa Arab dan banyak kitab-kitab rujukan hasil karangan cendikiawan Islam adalah berbahasa Arab. Mengapa akhir-akhir ini kita lihat banyak pertembungan berlaku dalam masalah khilafiyyah. Jawapannya kerana kebanyakan ilmuan Islam masakini tidak menguasai ilmu bahasa Arab secara mendalam dan terperinci. Justeru cara mereka memahami istilah yang berkaitan dengan hukum hakam dan ilmu Islam juga akan mudah terpesong dan tidak tepat. Bagi ana perselisihan cendikiawan Islam masa silam banyak mendatang kebaikan dan keberkatan. Sebaliknya perselisihan cendikiawan Islam masakini ana lihat banyak mendatangkan kemusnahan dan kerosakan. Inilah zaman fitnah. Inilah zaman yang pernah diberi peringatan oleh Nabi SAW tentang bahayanya yang bakal dihadapi oleh umat di akhir zaman. Ana berdoa semoga kita terhindar dari fitnah akhir zaman ini. Amin.

Friday, December 23, 2011

Menuai Hasil Disember 2011

0 comments
Pagi khamis tanggal 22.12.11 ana ke sekolah untuk sama2 meraikan kejayaan para pelajar tingkatan 3 sekolah ana menerima keputusan pmr.Seperti biasa ana terus melihat keputusan bagi subjek BA.Alhamdulillah, syukur ilahi kerana semua calon BA 2011 berjaya dan lulus dengan cemerlang.Kesemua 22 orang calon lulus dengan cemerlang kertas BA PMR.

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah...Syukur

0 comments
Alhamdulillah..Syukur semua pelajar calon bahasa Arab PMR 2011 telah selesai menduduki peperiksaan kertas bahasa Arab tepat jam 10.40 am tadi. Saya nampak wajah-wajah yang ceria dan gembira. Maklumlah mereka kata soalan ok ustaz...boleh jawab lah...syukur. Saya kata bukan soalan mudah tapi sebab anda belajar bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan ilmu penuh di dada maka semua kesusahan akan bertukar menjadi senang dan mudah...kalau tak belajar dan tak menguasai bidang tersebut jika soalan mudah sekalipun akan dikatakan susah...jangan putar belit fakta dan jangan jadikan itu semua alasan...satu lagi jangan lupa mesti terus berdoa dan berdoa kepada Allah SWT sehingga keputusan sebenar keluar...kerana doa adalah langkah terakhir dalam tawakkal kita kepada Allah SWT...saya doakan semua dapat A insya Allah. Amin.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR 2011

0 comments
Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR 2011 kepada semua calon PMR SMK Badak 2011 terutama calon KAA. Semoga anda kalian berjaya dengan cemerlang.Amin.

Ahlan Ya Ramadhan 1432H

0 comments
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selamat Menyambut Ramadhan A Mubarak dan Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.Amin Ya Rab.

Tuesday, March 8, 2011

Kesedaran...

0 comments
Setelah hampir 3 bulan kita telah melalui sesi persekolahan baru 2011. Sepanjang tempoh tersebut saya sebagai guru bahasa Arab telah menempuh banyak cabaran dan ujian untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa melayu muslim supaya menguasai bahasa Arab dan mencintainya. Namun saya dapati halangan utama yang menyukarkan mereka untuk menguasai bahasa Arab dengan baik ialah TANPA KESEDARAN dalam jiwa dan sanubari mereka betapa pentingnya mempelajari dan menguasai bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan bahasa Al Quran...Saya sedih kerana tujuan mereka belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan dan skor A dalam PMR semata-mata. Justeru inilah satu kegagalan kita sebenarnya yang tidak dapat memberi kefahaman sebenar atau kita tidak sempat untuk memberi faham kepada murid2 kita atau kita juga lalai dan leka dengan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Sama2lah kita renungkan dan muhasabah diri. Namun persekitaran ( bi'ah ) pelajar juga amat berperanan sehingga memberi kesan negatif kepada pemikiran anak-anak murid terhadap kepentingan mempelajari bahasa Arab.

Friday, February 11, 2011

Mengajar bahasa Arab : Satu cabaran

0 comments
Belajarlah bahasa Arab dan ajarkanlah kepada orang lain. Satu ungkapan yang menyuruh kita belajar bahasa Arab dan seterusnya mengajar orang lain. Namun begitu, mengajar bahasa Arab tidak semudah yang disangkakan apatah lagi bagi orang yang tidak mendalami ilmu bahasa Arab dengan sebaik mungkin. Mengajar bahasa Arab bukan sekadar untuk memenuhi minat semulajadi yang lahir dari diri kita. Mengajar bahasa Arab juga bukan sekadar memenuhi tuntutan kerjaya yang memberi pulangan yang lumayan dan sebagainya. Mengajar bahasa Arab juga bukan sekadar kerana makan gaji. Mengajar bahasa Arab bukan juga kerana mahu digelar guru bahasa Arab. Mengajar bahasa Arab bukan juga kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar terpilih kononnya senang untuk mendidiknya. Mengajar bahasa Arab bererti kita mengajar bahasa Al Quran. Ini adalah satu amanah ilmu yang amat besar dan berat untuk dipikul oleh orang mengajar bahasa Arab. Memang ramai guru yang berminat dan seronok untuk mengajar bahasa Arab kepada anak-anak bangsa sendiri. Syabas diucapkan. Bahkan ada yang mendakwa dialah pakar dalam bahasa Arab. Sebenarnya kebolehan bertutur dan bercakap bahasa Arab tidak sama dengan kebolehan menguasai ilmu bahasa Arab dan segala cabangnya. Apatah lagi jika asas bahasa Arab pun kita tidak boleh kuasainya maka alangkah malangnya murid-murid yang bergurukan guru sebegitu. Saya katakan begitu kerana saya dapati banyak sekali kesilapan segelintir guru bahasa Arab memberikan ilmu bahasa Arab kepada murid-muridnya dalam bilik darjah lantaran ketidakpakaran dan kemampuannya memahami asas nahu bahasa Arab. Diketahui umum bahawa sukatan bahasa Arab sekarang banyak menitikberatkan soal nahu, soraf dan cabang ilmu bahasa yang lainnya. Setidak-tidaknya guru bahasa Arab mesti membuat persediaan rapi sebelum melangkah ke bilik darjah. Jika tidak tahu maka tanyalah orang yang lebih tahu. Perbanyakkanlah perbincangan tentangnya. Saya tidak ingin dedahkan kesilapan itu tetapi sekadar memberi tazkirah peringatan semoga bahasa Arab yang mulia ini tidak dinodai dan dikhianati. Implikasinya amat besar apabila kita ingin memahami Al Quran Al Karim. Hidup bahasa Arab!!

Friday, December 24, 2010

Pelajar Berbangsa Cina Cemerlang Bahasa Arab PMR 2010

0 comments

Wee Soo Yen mendapat 8A termasuk bahasa Arab

Wee Soo Yen seorang pelajar berbangsa Cina telah membuktikan bahawa subjek bahasa Arab bukanlah subjek 'killer' yang menakutkan pelajar untuk mencapai gred A dalam semua subjek yang diambil. Jangan jadikan alasan untuk mencapai kejayaan. Rajin dan Usaha tangga kejayaan sebenarnya tidak mengenal sesiapa samada Melayu, Cina, India, Arab, Kadazan dan sebagainya. Ia juga tidak mengenal agama, orang yang rajin dan usaha pasti berjaya. Hari ini Wee Soo Yen telah meluahkan kata-kata yang bernas " Hari ini saya membuktikan bahawa tidak ada yang susah untuk mencapai kejayaan "


Thursday, December 16, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432H

0 comments
Orang yang berhijrah dalam bahasa Arab disebut Al muhajir.

قال الرسول صلى الله عليه وسلم : المهاجر من هجر ما نهى الله عنه

Nabi SAW Bersabda yang bermaksud ' orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah SWT.'
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432H.

Sunday, December 12, 2010

Notebook Percuma

0 comments
Baguslah dapat notebook percuma.Tahniah diucapkn kpd pelajar2 yg dpt notebook percuma.Semua pelajar mahukan notebook percuma, ustaz pun mahu juga,kalau bagi percuma kepada cikgu2 bagus juga,tp sebhgn kecil pelajar shj yg dpt.Yg terpilih sajalah.
Sebenarnya tak salah kita nk gunakn kemudahan teknologi moden dalam kehidupan seharian spt laptop, komputer, handphone dan sebagainya.Mesti guna ikut landasan syariat, tapi jika salah guna berdosalah kita, bahkan mendatangkan kemudharatan dalam kehidupan seharian kita lebih2 lagi dalam kehidupan seorang pelajar.Kita tidak mahu dengar nanti pelajar2 yg dpt notebook percuma akan menjuarai dalam segala bentuk kegagalan di arena pendidikan.Oleh itu, ustaz nasihatkan pelajar2 ustaz yg dpt notebook percuma supaya tidak leka dengan FB dan juga melayari laman2 yg tak berfaedah.Manafaatkanlah notebook anda itu untuk tujuan pembelajarn dan penambahan ilmu pengetahuan di dada anda.Layarilah laman2 ilmiah yg blh menmbahkan ilmu pengetahuan anda.Sebelum melayari mana2 laman web yg tidak bermanafaat tepuk dada tanyalah iman...insya Allah anda selamat.

Sunday, September 5, 2010

Cara ucapan yang betul sempena aidilfitri

0 comments
Adilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiran bagi setiap muslimin dan muslimat tidak kira kanak-kanak atau dewasa.Mereka bertukar-tukar ucapan selamat hari raya...kita selalu mendengar ucapan selamat hari raya maaf zahir batin apabila menjelang 1 syawal...ucapan sebegitu bukanlah salah tetapi ada lagi ucapan yang lebih baik pernah diucapkan oleh nabi saw dan para sahabat di hari raya iaitu taqabbalallah minna waminkum..maksudnya semoga Allah swt menerima segala amal ibadat kami dan anda semua di sepanjang Ramadhan.

Saturday, January 2, 2010

Selamat Belajar dan Selamat Mengajar Tahun 2010

0 comments
Tanamkan azam untuk lakukan yang terbaik, dan sentiasa tetap di atas landasan..." assabat ala al mabda' ". Amalkanlah sifat mahmudah dan tinggalkanlah sifat mazmumah...jauhi maksiat kerana ia penghalang sampainya ilmu di dada. Banyakkan zikrullah kerana ia adalah cahaya penyuluh ke jalan kebenaran, jauhi sifat bohong kerana ia jalan ke neraka, amalkan bercakap benar kerana ia jalan ke syurga...
Semulia-mulia insan adalah guru, guru yang ikhlas balasannya syurga, guru yang riya' balasannya neraka...

Saturday, December 26, 2009

Berjaya atau Gagal...

0 comments
PAPAN ARAHAN INI DITAMPALKAN DI BILIK PEPERIKSAAN, SEJAUH MANAKAH PENGAWAS DAN CALON MEMATUHINYA ???
Berjaya atau gagal dalam peperiksaan...semuanya adalah ujian Allah SWT ke atas hambanya. Yang penting kejayaan itu adalah hasil gabungan semua pihak, diri sendiri, para guru, ibubapa, rakan-rakan dan lebih daripada itu ia adalah anugerah daripada Allah SWT. Siapa yang tidak mahu kejayaan? Kejayaan mahu tapi malas berusaha. Saya lihat pada hari keputusan diumumkan semua calon begitu bersungguh2 untuk mendapatkan keputusan dengan harapan memperolehi satu kejayaan...biasanya hasil yang kita dapat mengikut kadar usaha yang kita lakukan. Seperkara lagi kejayaan bukan kepintaran dan titik peluh sendiri tapi macam pohon dedalu yang menumpang pokok lain dan memakan makanan dari pokok yang ditumpang itu sehingga mati pokok tersebut...samalah dengan pelajar yang asyik meniru kawan sebelah yang lebih pandai dan rajin berusaha supaya nanti pelajar tersebut berjaya dan lulus dalam peperiksaan...Yang sedihnya ada pelajar yang tidak boleh menulis dan membaca dengan baik tetapi mendapat gred A dalam beberapa subjek dalam PMR. Ada orang kata ' tak apalah sebab nak bantu anak bangsa yang seagama dengan kita ' . Sebenarnya bantuan sebegini tidak diizinkan dalam agama kita. Nabi SAW pun berpesan yang maksudnya ' orang yang menipu bukan dari kalanganku '. Kalau tidak dari kalangan nabi maka dari kalangan siapa ???. Percayalah, pelajar ini kalau mendapat tempat di mana2 pusat pengajian akan mendatangkan banyak kepincangan apatah lagi kalau mendapat apa2 pekerjaan pun ia akan menjadi pekerja yang pincang dan gagal mengeluarkan input yang baik dan berkualiti...perhatikanlah, fenomena ini sedang kita alami...dibimbangi bangsa dan negara akan runtuh...bunyinya macam keras tapi cuba renungkan sejenak...mengapa ini berlaku kerana sikap matlamat menghalalkan cara...

Tuesday, December 22, 2009

Keputusan PMR 2009

0 comments
Keputusan PMR akan diumumkan pada 24.12.09, hari khamis. Debaran menanti keputusan subjek BA bagi calon-calon yang mendaftar dalam PMR amat terasa...mengapa tidaknya...sama-samalah kita nantikan keputusan yang akan muncul tidak lama lagi...didoakan semoga keputusan cemerlang insya'allah.Semoga sukses selalu kepada semua calon BA PMR 2009...

Format Baru Soalan BA PMR 2010

0 comments
Tahun 2010 adalah tahun perubahan format baru soalan BA PMR. Berbeza dengan format tahun-tahun yang lalu, soalan BA PMR tahun 2010 akan datang sepenuhnya dalam versi Bahasa Arab. Kemungkinan bentuk soalan yang akan disoal hampir sama dengan bentuk lama( 2004 - 2009 ), cuma akan disoal dalam bahasa Arab sepenuhnya. Diantaranya soalan kefahaman ( الفهم والاستيعاب ), soalan seerti ( sinonim ) & berlawan ( antonim ), soalan isi tempat kosong, buat ayat @ karangan ( insya' ), soalan berkaitan nahu sorf, soalan berkaitan bait syair/kata-kata hikmah/potongan ayat al quran...itu semua andaian saya...diharapkan begitulah nanti bentuk soalannya...pendek kata calon BA PMR 2010 mesti menguasai silibus yang diajar dengan baik dan sempurna. Seperkara lagi calon mesti rajin menghafal dan mengingati item-item penting dalam silibus diantaraya tasrif fi'il ( madhi, mudhori' dan amar ).
Namun begitu janganlah takut dengan format baru nanti kerana keseluruhan soalan dan skima jawapan tidak akan lari dari justifikasi soalan yang telah ditetapkan. Bahkan soalan BA amat mengambil kira status calon yang rata-rata bukan orang Arab. Maka sudah tentulah banyak toleransi akan berlaku di sekitar penggubalan soalan mahupun skima pemarkahan jawapan pelajar itu sendiri.
CUMA SATU PERKARA YANG MEMBIMBANGKAN KEBANYAKAN GURU BA IALAH KELEWATAN PIHAK LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA MENGADAKAN PENERANGAN DAN PENJELASAN TENTANG FORMAT BARU BA PMR. KESAN KELEWATAN TERSEBUT MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA KEMEROSOTAN KEPUTUSAN BA PMR NANTI.IMPAKNYA JUGA RAMAI PELAJAR YANG TAKUT UNTUK MENDAFTAR SUBJEK BA DALAM PEP. PMR...TAKUT GAGAL...
Saya nasihatkan walau apapun yang berlaku, jangan bimbang, pelajar yang hebat akan berkehendakkan soalan yang mencabar dan hebat...maka akan terserlahlah kehebatannya.
Sebagai guru, saya sentiasa bersedia untuk membimbing bakal calon BA PMR 2010 sehingga mereka berjaya dengan cemerlang...sejarah telah banyak membuktikannya...

Tuesday, November 3, 2009

Lawatan Mengejut Pegawai SPI JPN...

0 comments
Pagi ini jam 8.30 am, PK1 membuat pengumuman kepada semua GPI dan GBA supaya berkumpul di bilik Wawasan kerana ada perjumpaan dengan pegawai SPI JPN Kelantan. Pada mulanya agak mengejutkan juga, tetapi setelah majlis bermula rupa-rupanya tujuan sebenar kedatangan mereka adalah sebagai kunjungan kasih di ambang SPM, khususnya untuk subjek P.Islam SPM yang belum mencapai 90% sebagaimana target JPN. Sekolah baru memperolehi 71%...banyak cadangan dan pesanan yang diberikan oleh pegawai SPI JPN di antara yang menariknya ialah para ustaz dan ustazah dinasihatkan supaya menggunapakai kaedah Jibril dalam teknik pengajaran di kelas masing-masing. Jika pelajar melakukan kesilapan dan ada rasa nak marah maka jangan marah tapi peluk pelajar itu...
Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir