Maklumat terkini istilah soalan peperiksaan sudah ditukar panggilannya kepada kertas peperiksaan.
Semua pihak ingin melihat kecemerlangan keputusan pt3 yg akan diperolehi oleh semua anak-anak pelajar. Namun sejauh manakah persediaan dan kesungguhan anak-anak pelajar berbanding para guru, hakikatnya para guru lebih bersungguh-sungguh dalam memastikan anak didiknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3. Maka kita dapat lihat pelbagai cara dan kaedah digunapakai bagi memperolehi cita2 yang murni itu.
Perlu diingatkan ungkapan " matlamat menghalalkan cara " sebenarnya tidak boleh sama sekali digunapakai untuk memastikan kecemerlangan anak2 pelajar.Ini kerana PT3 merupakan satu amanah yang besar yang perlu dipikul oleh semua pihak terutama para pendidik.Kesilapan para pendidik akan membawa kpd keruntuhan satu generasi masa depan.Berbeza dengan kesilapan seorang doktor ke atas seorang pesakit hanya akan memusnahkan satu individu pesakit yang terlibat.
Pelaksanaan PT3 bagi saya ibarat menyerahkan segala2nya kpd para pendidik dan ini akan menguji kewibawaan dan integriti seorang pendidik yang sebenarnya.Adakah apa yang dididik dan diasuh selama ini boleh dipraktik dan dikotakan oleh seorang pendidik dalam dirinya sendiri? atau ianya dua perkara yg berbeza di antara ilmu dan amal ?.
Kertas peperiksaan PT3 boleh dilihat lebih awal oleh GMP atau KPMP atau KPW, maka dikatakan para pendidik ini telah " berbekwoh " besar kerana dapat mengetahui soalan PT3 lebih awal seterusnya dapat memberi pendedahan awal kepada para calon PT3 tentang soalan tersebut...Masya Allah.
Setengahnya pula dikatakan membuat klon soalan PT3. Pendek kata segala2nya di tangan para pendidik...Jika ini benar2 berlaku maka ia merupakan satu kebenaran yang sedang berlaku, yang pernah diberi amaran oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW..Seorang sahabat bertanya : bilakah kiamat? Nabi jawab : Apabila diberikan amanah kepada bukan ahlinya...atau apabila amanah itu disia2kan. Maka tunggulah kiamat.
Apa kaitannya dgn PT3...maknanya ia melahirkan sebuah generasi yang sia2, yang akan melakukan kerosakkan di atas muka bumi ini kerana lahir dari sebuah penipuan dan kepalsuan.
Fikir-fikirkanlah...kerana kita semua akan ditanya oleh tuhan rabbul jalil di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment