Setelah hampir 3 bulan kita telah melalui sesi persekolahan baru 2011. Sepanjang tempoh tersebut saya sebagai guru bahasa Arab telah menempuh banyak cabaran dan ujian untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa melayu muslim supaya menguasai bahasa Arab dan mencintainya. Namun saya dapati halangan utama yang menyukarkan mereka untuk menguasai bahasa Arab dengan baik ialah TANPA KESEDARAN dalam jiwa dan sanubari mereka betapa pentingnya mempelajari dan menguasai bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan bahasa Al Quran...Saya sedih kerana tujuan mereka belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan dan skor A dalam PMR semata-mata. Justeru inilah satu kegagalan kita sebenarnya yang tidak dapat memberi kefahaman sebenar atau kita tidak sempat untuk memberi faham kepada murid2 kita atau kita juga lalai dan leka dengan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Sama2lah kita renungkan dan muhasabah diri. Namun persekitaran ( bi'ah ) pelajar juga amat berperanan sehingga memberi kesan negatif kepada pemikiran anak-anak murid terhadap kepentingan mempelajari bahasa Arab.
-
No comments:
Post a Comment