Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Cintai Bahasa Arab. Show all posts
Showing posts with label Cintai Bahasa Arab. Show all posts

Sunday, January 8, 2017

Download Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tingkatan 1 - 3

0 comments

Untuk muat turun bahan sila klik di bawah ini ⇩

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB KSSM TINGKATAN SATU 2017 💢

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB KBSM TINGKATAN DUA 2017 💢

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB KBSM TINGKATAN TIGA 2017 💢.


Jika anda berjaya muat turun bahan ini, sila tinggal komen. Terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA

Download Sukatan Pelajaran BA Tingkatan 1 - 5 KBSM

0 comments
Sila klik di sini...⇩

SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB KBSM TINGKATAN SATU - LIMA 


SELAMAT MAJU JAYA...berjaya download sila tinggalkan komen anda...syukran !!

Download Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Tingkatan 1,2 & 3 2017 ( terkini )

0 comments

Sila klik untuk download....

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA ARAB TINGKATAN SATU 2017 💢


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA ARAB TINGKATAN DUA 2017 💢



Selepas berjaya download RPT sila tinggalkan komen anda. Terima Kasih.

Selamat Maju Jaya

Friday, September 25, 2015

Salam Aidil Adha 1436H

0 comments

Soalan Ungkapan :

: سؤالن
  أندا مغوجف سلامت هاري راي عيد الأضحى كفد راكن أندا
: جوافن
يا صديقي ! أهنئك بعيد الأضحى المبارك
يا صديقي ! كل عام وأنت بخير في عيد الأضحى


Saturday, September 12, 2015

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Arab PT3 2015

0 comments
Program ceramah teknik menjawab bahasa Arab PT3 telah di adakan pada 11 sept 2015 bertempat di Makmal Komputer SMK Badak.





PT3 : Di antara Amanah dan Matlamat

0 comments
Maklumat terkini istilah soalan peperiksaan sudah ditukar panggilannya kepada kertas peperiksaan.
Semua pihak ingin melihat kecemerlangan keputusan pt3 yg akan diperolehi oleh semua anak-anak pelajar. Namun sejauh manakah persediaan dan kesungguhan anak-anak pelajar berbanding para guru, hakikatnya para guru lebih bersungguh-sungguh dalam memastikan anak didiknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3. Maka kita dapat lihat pelbagai cara dan kaedah digunapakai bagi memperolehi cita2 yang murni itu.

Sunday, March 1, 2015

Buku Teknik Mudah Menulis Insyak Pendek - Terkini 2015

0 comments

Buku ini amat sesuai untuk dimiliki oleh pelajar-pelajar dan guru-guru yang cintakan bahasa Arab.Ianya membantu pelajar untuk menulis insyak dengan mudah dan berkesan.Buku ini disusun berdasarkan pengalaman penulis sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Harian biasa mendidik dan melatih pelajar menulis insyak pendek dengan mudah dan berkesan.
Selama hampir 8 tahun saya menggunakan modul insyak ini bagi melatih pelajar terutama calon PMR dan sekarang calon PT3 membina insyak bahasa Arab dengan mudah dan berkesan.Kebanyakan calon telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek bahasa Arab PMR atau PT3. Mereka sudah tidak kekok untuk menulis insyak dengan baik dalam peperiksaan.
Setelah hampir 8 tahun saya menggunakan modul ini, sekarang tibalah masanya untuk saya berkongsi pengalaman ini dengan seluruh pencinta bahasa Arab.
Untuk mengetahui lebih lanjut anda perlu memiliki buku ini.Anda boleh hubungi melalui hp@WhatsApp Ustaz Hj Nasir Mohamad 0195761189 untuk tempahan.
#teknikmenulisinsyak #insyakmudah #bukuinsyakmudah #insyakbahasaarab

Tuesday, October 14, 2014

Kem Intervensi Kecemerlangan Bahasa Arab PT3 SMKBd 2014

0 comments
Panitia bahasa Arab telah mengadakan 2 siri kem intervensi kecemerlangan bahasa Arab PT3 2014 pada 12.08.14 dan 29.08.14 bertempat di makmal komputer SMKBd.
Seramai 35 peserta telah hadir dengan jayanya pada program tersebut.




Di antara foto-foto yang telah dirakam sepanjang program kem berjalan...

Monday, October 13, 2014

Gerai Pameran Persatuan Bahasa Arab Di Karnival Kokurikulum SMK Badak 2014

0 comments
Pada 11.09.2014 telah diadakan hari karnival kokorikulum peringkat sekolah smk badak 2014
Persatuan Bahasa Arab SMK Badak juga telah mengambil bahagian menyertai pameran dengan jayanya....
 
pameran khat

 pameran khat

bacaan doa di majlis pelancaran 

bacaan doa...

persembahan pancaragam...




sedang menulis khat arab kpd para pengunjung...










Sunday, June 2, 2013

Persiapan ke Ihtifal SMKA KAA Peringkat Negeri Kelantan pd 15 Jun 2013

0 comments
Panitia Bahasa Arab SMKBd akan menghantar beberapa orang peserta ke Ihtifal SMKA KAA dlm beberapa kategori di antaranya kalimatussobah, hiwar, kuiz bahasa Arab, kuiz ilmu wahyu dan hafazan.Saya difahamkan program ini akan diadakan pada 15 jun 2013 bertempat di SMKA Tok Bachok..Diharapkan kpd semua peserta yang terpilih agar dpt bersedia lebih awal...Setiap tahun Panitia BA SMKBd tidak ketinggalan menghantar peserta ke program ihtifal ini dan biasanya kita akan dpt meraih beberapa kemenangan walaupun tidak mendpt johan...

Monday, April 16, 2012

I'rab potongan ayat 10 surah yunus

0 comments
وَآخرُ دَعوَاهُمْ أَن الحَمدُ لله رَب العَالَمينَ

Persoalannya : mengapa perkataan Al hamdu dibaca dengan baris hadapan ( ُ ) tidak dibaca dengan baris diatas ( َ ) sedangkan ia berada selepas AN ( أن )?
Berikut jawapan i'rab potongan ayat tersebut yang dipetik dari kitab i'rab Al Quran :





Sunday, March 25, 2012

Johan Tilawah MTQ Zonpen 2 2012

0 comments
Tahniah diucapkan kpd peserta dr SMKBd - Muhd Syahmin di atas kejayaan mendpt johan dlm tilawah al Quran menengah bg zonpen 2. MTQ bg zonpen 2 diadakan di SMK Kubang Golok.Didoakan semoga adik Syahmin dpt meneruskan lagi perjuangan ke peringkat ppd dan seterusnya negeri. Cuma beberapa perkara masih perlu diperbaiki cnthnya dr segi tajwid, lagu, fasohah dn suara.Ikutlah apa yg diajar oleh guru dn hormatilah guru, terutama dlm bidang al Quran. Pendidikan dn pembelajaran al Quran mesti melalui teknik talaqqi musyafahah.

Friday, March 2, 2012

Masalah Khilafiyyah : di antara puncanya...

0 comments
Khilaf ertinya berselisih pendapat atau pendapat yang berbeza di antara satu sama lain. Manusia dicipta akal fikiran, hasilnya banyak buah fikiran yang kadang-kadang membawa perbezaan pandangan dan pendapat. Masalah ini bermula semenjak terciptanya manusia, iaitu semenjak zaman Nabi Adam a.s. Perselisihan di antara Habil dan Qabil satu contoh bermulanya perselisihan. Cuma ada segelintir kalangan umat Islam yang menolak masalah khilafiyyah seratus peratus. Ini satu kesilapan. Masalah khilafiyyah dalam Islam berlaku lantaran perbezaan cara memahami sumber hukum hakam Islam yang bersumberkan bahasa Arab. Al Quran berbahasa Arab, Al Hadis berbahasa Arab dan banyak kitab-kitab rujukan hasil karangan cendikiawan Islam adalah berbahasa Arab. Mengapa akhir-akhir ini kita lihat banyak pertembungan berlaku dalam masalah khilafiyyah. Jawapannya kerana kebanyakan ilmuan Islam masakini tidak menguasai ilmu bahasa Arab secara mendalam dan terperinci. Justeru cara mereka memahami istilah yang berkaitan dengan hukum hakam dan ilmu Islam juga akan mudah terpesong dan tidak tepat. Bagi ana perselisihan cendikiawan Islam masa silam banyak mendatang kebaikan dan keberkatan. Sebaliknya perselisihan cendikiawan Islam masakini ana lihat banyak mendatangkan kemusnahan dan kerosakan. Inilah zaman fitnah. Inilah zaman yang pernah diberi peringatan oleh Nabi SAW tentang bahayanya yang bakal dihadapi oleh umat di akhir zaman. Ana berdoa semoga kita terhindar dari fitnah akhir zaman ini. Amin.

Sunday, January 29, 2012

Sambungan Kehebatan Alif Ba' Ta'...

0 comments
Huruf Alif Ba' Ta' sehingga Ya memang terbukti kehebatannya dan diakui oleh salah seorang pakar atom dari pakistan. Saya memperolehi maklumat ini dari Dr Nik Omar semasa saya membuat rawatan di hospitalnya di Gelang Mas Pasir Mas. Beliau menceritakan kepada saya bahawa seorang pakar atom dari Pakistan pernah memberitahunya hasil kajian beliau terhadap molekul air yang dibaca ke atasnya ayat-ayat al Quran menjadikan molekul air itu lebih tersusun dan indah berbanding dengan molekul air yang tidak dibaca ke atasnya ayat-ayat suci al Quran. Maka beliau berkeyakinan bahawa air yang dibaca ayat-ayat suci al Quran sebenarnya boleh merawat penyakit lantaran molekul air yang tersusun indah itu menjadi lebih bertenaga dan ada energinya tersendiri. Oleh sebab itulah agama Islam mengajar kita supaya membaca doa atau basmalah sebelum kita makan dan minum supaya makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh badan kita lebih berkhasiat dan bertambah berkat. Sebenarnya ayat-ayat suci al Quran yang dibaca atau doa yang dibaca dalam bahasa Arab semua kalimahnya terdiri daripada huruf ejaan Alif Ba' Ta' sehingga Ya. Ini menunjukkan huruf Alif Ba' Ta' ada kehebatannya tersendiri. Oleh itu jika kita menyebut Alif Ba' Ta' sehingga Ya ke atas air nescaya air itu boleh berubah menjadi lebih tersusun dan indah sehingga boleh merawat penyakit dan menjadikan orang yang meminumnya lebih bertenaga. Sesungguhnya Alif Ba' Ta' sangat hebat dan saya yakin jika Alif Ba' Ta' ini dibaca ke atas manusia maka segala ion negatif dan positif yang ada dalam diri manusia juga akan menjadi lebih tersusun dan indah menjadikan manusia itu lebih hebat auranya dalam kehidupan seharian...Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, January 24, 2012

Kehebatan Al Ahruf Al Hija'iyyah ( huruf ejaan ) dalam bahasa Arab

0 comments
Huruf ejaan dalam bahasa Arab ada sebanyak 29 huruf. Bermula dengan huruf Alif, Ba', Ta', Tha' ... sehingga huruf Ya. Sebenarnya huruf-huruf ejaan ini mempunyai banyak khasiatnya, faedahnya serta kelebihannya. Ramai dikalangan orang Islam tidak mengetahuinya. Berbanding dengan huruf-huruf lain maka huruf ejaan Arab mengatasinya dari segi fadhilat dan keistemewaannya. Tetapi yang sedihnya ada dikalangan muslim yang masih salah dari segi sebutan dan makhraj hurufnya. Untuk mendapat fadhilat dan keberkatannya maka sebutan dan makhrajnya mestilah tepat mengikut lahjah Arab yang betul. kekadang orang Arab sendiri pun melakukan kesilapan dari segi sebutan huruf contohnya sebutan dan makhraj huruf dhad...bersambung...

Tuesday, March 8, 2011

Kesedaran...

0 comments
Setelah hampir 3 bulan kita telah melalui sesi persekolahan baru 2011. Sepanjang tempoh tersebut saya sebagai guru bahasa Arab telah menempuh banyak cabaran dan ujian untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa melayu muslim supaya menguasai bahasa Arab dan mencintainya. Namun saya dapati halangan utama yang menyukarkan mereka untuk menguasai bahasa Arab dengan baik ialah TANPA KESEDARAN dalam jiwa dan sanubari mereka betapa pentingnya mempelajari dan menguasai bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan bahasa Al Quran...Saya sedih kerana tujuan mereka belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan dan skor A dalam PMR semata-mata. Justeru inilah satu kegagalan kita sebenarnya yang tidak dapat memberi kefahaman sebenar atau kita tidak sempat untuk memberi faham kepada murid2 kita atau kita juga lalai dan leka dengan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Sama2lah kita renungkan dan muhasabah diri. Namun persekitaran ( bi'ah ) pelajar juga amat berperanan sehingga memberi kesan negatif kepada pemikiran anak-anak murid terhadap kepentingan mempelajari bahasa Arab.

Friday, February 11, 2011

Mengajar bahasa Arab : Satu cabaran

0 comments
Belajarlah bahasa Arab dan ajarkanlah kepada orang lain. Satu ungkapan yang menyuruh kita belajar bahasa Arab dan seterusnya mengajar orang lain. Namun begitu, mengajar bahasa Arab tidak semudah yang disangkakan apatah lagi bagi orang yang tidak mendalami ilmu bahasa Arab dengan sebaik mungkin. Mengajar bahasa Arab bukan sekadar untuk memenuhi minat semulajadi yang lahir dari diri kita. Mengajar bahasa Arab juga bukan sekadar memenuhi tuntutan kerjaya yang memberi pulangan yang lumayan dan sebagainya. Mengajar bahasa Arab juga bukan sekadar kerana makan gaji. Mengajar bahasa Arab bukan juga kerana mahu digelar guru bahasa Arab. Mengajar bahasa Arab bukan juga kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar terpilih kononnya senang untuk mendidiknya. Mengajar bahasa Arab bererti kita mengajar bahasa Al Quran. Ini adalah satu amanah ilmu yang amat besar dan berat untuk dipikul oleh orang mengajar bahasa Arab. Memang ramai guru yang berminat dan seronok untuk mengajar bahasa Arab kepada anak-anak bangsa sendiri. Syabas diucapkan. Bahkan ada yang mendakwa dialah pakar dalam bahasa Arab. Sebenarnya kebolehan bertutur dan bercakap bahasa Arab tidak sama dengan kebolehan menguasai ilmu bahasa Arab dan segala cabangnya. Apatah lagi jika asas bahasa Arab pun kita tidak boleh kuasainya maka alangkah malangnya murid-murid yang bergurukan guru sebegitu. Saya katakan begitu kerana saya dapati banyak sekali kesilapan segelintir guru bahasa Arab memberikan ilmu bahasa Arab kepada murid-muridnya dalam bilik darjah lantaran ketidakpakaran dan kemampuannya memahami asas nahu bahasa Arab. Diketahui umum bahawa sukatan bahasa Arab sekarang banyak menitikberatkan soal nahu, soraf dan cabang ilmu bahasa yang lainnya. Setidak-tidaknya guru bahasa Arab mesti membuat persediaan rapi sebelum melangkah ke bilik darjah. Jika tidak tahu maka tanyalah orang yang lebih tahu. Perbanyakkanlah perbincangan tentangnya. Saya tidak ingin dedahkan kesilapan itu tetapi sekadar memberi tazkirah peringatan semoga bahasa Arab yang mulia ini tidak dinodai dan dikhianati. Implikasinya amat besar apabila kita ingin memahami Al Quran Al Karim. Hidup bahasa Arab!!

Sunday, August 15, 2010

Seminar Bahasa Arab Antarabangsa bagi bukan penutur bahasa Arab 2010

0 comments
Saya telah menghadiri satu Seminar Bahasa Arab Antarabangsa anjuran Akademi Pengajian Islam Nilam Puri pada 25 dan 26 Julai 2010 bertempat di Hotel New Pasific.Al Hamdulillah banyak manafaat yang diperolehi dari seminar tersebut...dapat menyegarkan kembali roh bahasa Arab yang kadang-kadang tidak bermaya ditelan arus masa yang berlalu dalam biah melayuwiyyah kelantaniyah...pembentang-pembentang KK yang hebat-hebat belaka banyak menyuntik semangat dan menanam rasa cintakan bahasa Al Quran.Saya tertarik kerana bahasa Arab sebenarnya boleh menyatukan umat Islam seluruh dunia lantaran kehadiran umat Islam pelbagai bangsa ke seminar tersebut.Mereka semua bertutur dengan satu bahasa iaitu bahasa Arab.Mereka juga berpegang dengan satu aqidah iaitu aqidah islamiyyah.Memang menakjubkan itulah bahasa ahli syurga, bahasa ilmu dan bahasa umat Islam seluruhnya.CINTAILAH BAHASA ARAB!!...

Wednesday, May 12, 2010

Hukum Mempelajari Bahasa Arab

0 comments
Sebahagian besar ulamak berpendapat bahawa belajar bahasa Arab adalah wajib. Ini kerana ia adalah alat untuk memahami al Quran. Belajar al Quran adalah wajib maka mempelajari bahasa al Quran juga menjadi wajib kerana tanpa mempelajarinya kita sukar untuk memahami al Quran. Bahasa Arab juga digunapakai dalam solat. Tidak sah solat jika kita tidak membaca surah Al Fatihah. Surah Al Fatihah diturunkan dengan bahasa Arab...Maka sekali lagi kita wajib mempelajari bahasa Arab supaya kita dapat membaca surah al Fatihah dan memahaminya. Memahami al Fatihah adalah syarat penting untuk khusyuk di dalam solat. Khusyuk dalam solat adalah syarat penting untuk meletakkan solat kita diterima Allah SWT dan seterusnya menjadi solat yang efektif dalam kehidupan. Ya Allah masukkanlah kami dalam golongan orang yang mempelajari bahasa Arab dan mencintainya.Amin.

Sunday, April 4, 2010

Kedatangan Islam dan Bahasa Arab

0 comments
Islam datang, maka banyaklah istilah baru yang datang bersamanya.Istilah agama Islam ini menggunakan bahasa Arab.Sebab itu kita katakan bahasa Arab adalah bahasa agama Islam dan penganutnya.Istilah ini tidak berubah bahkan ia tetap digunapakai dan disebut dengan istilah bahasa Arab.Umat Islam faham malah lebih faham apabila istilah ini disebut dengan bahasa Arab.Saya nyatakan beberapa contoh istilah tersebut :

1. Islam
2. Iman
3. Ihsan
4. Allah SWT
5. Nabi
6. Rasul
7. Kitab
8. Malaikat
9. Qada'
10. Qadar
11. Fekah
12. Tauhid
13. Akidah
14. Akhlak
15. Ikhlas
16. Riba
17. Kafir
18. Fasik
19. Munafik
20. Solat
21. Sunat
22. Sunah
23. Haram
24. Halal
25. Makruh
26. Sujud
27. Syukur
28. Zakat
29. Haji
30. Imam
31. Makmum
32. Masjid
33. Hadis
34. Salam
35. Takwa
36. Semua doa atau zikir adalah bahasa Arab contohnya alhamdulillah dsb.

Semua bangsa yang beragama islam menggunapakai istilah tersebut dalam bahasa Arab.Dan banyak lagi istilah yang tidak tersenarai di sini.
Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation

KATEGORI

widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir