Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Arab PT3 2015

0 comments
Program ceramah teknik menjawab bahasa Arab PT3 telah di adakan pada 11 sept 2015 bertempat di Makmal Komputer SMK Badak.





Ceramah Teknik Menjawab BA PT3 2015

0 comments
Berkongsi ilmu bersama calon BA PT3 pada 21 ogos 2015 di SMU ( A ) Darul Iman

 
Bergambar bersama para peserta bengkel teknik mejawab
bahasa Arab PT3

sedang menerima cenderahati dari ustazah Salma




Sunday, March 1, 2015

Buku Teknik Mudah Menulis Insyak Pendek - Terkini 2015

0 comments

Buku ini amat sesuai untuk dimiliki oleh pelajar-pelajar dan guru-guru yang cintakan bahasa Arab.Ianya membantu pelajar untuk menulis insyak dengan mudah dan berkesan.Buku ini disusun berdasarkan pengalaman penulis sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Harian biasa mendidik dan melatih pelajar menulis insyak pendek dengan mudah dan berkesan.
Selama hampir 8 tahun saya menggunakan modul insyak ini bagi melatih pelajar terutama calon PMR dan sekarang calon PT3 membina insyak bahasa Arab dengan mudah dan berkesan.Kebanyakan calon telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek bahasa Arab PMR atau PT3. Mereka sudah tidak kekok untuk menulis insyak dengan baik dalam peperiksaan.
Setelah hampir 8 tahun saya menggunakan modul ini, sekarang tibalah masanya untuk saya berkongsi pengalaman ini dengan seluruh pencinta bahasa Arab.
Untuk mengetahui lebih lanjut anda perlu memiliki buku ini.Anda boleh hubungi melalui hp@WhatsApp Ustaz Hj Nasir Mohamad 0195761189 untuk tempahan.
#teknikmenulisinsyak #insyakmudah #bukuinsyakmudah #insyakbahasaarab

Thursday, September 26, 2013

Modul Latih Tubi Topikal Bahasa Arab Tingkatan 4 - Format terkini SPM kertas 1

0 comments
Terkini Modul Latih Tubi Topikal Bahasa Arab Tingkatan 4 mengikut format terkini SPM kertas 1.
Modul ini merangkumi setiap topik bagi sukatan BA tingkatan 4.
Kepada para pelajar di tingkatan 4 & 5 yang mengambil bahasa Arab digalakkan memiliki modul ini.
Kepada para ustaz dan ustazah yang mengajar di tingkatan 4 & 5 juga digalakkan memiliki modul ini bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Jika berminat boleh hubungi Ustaz Hj Nasir b Mohamad hp no 019-5761189 dan Ustazah Khatijah bt Ismail hp no 019-9121189.


Saturday, June 23, 2012

Pemantauan dan Penyelarasan Skor PBS bagi Subjek BA PMR 2012

0 comments
Pemantauan dan penyelarasan tersebut akan berlangsung pada 17 - 30 Jun 2012.Semoga guru dan pelajar calon BA PMR dapat bersedia dengan sebaik mungkin.

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah...Syukur

0 comments
Alhamdulillah..Syukur semua pelajar calon bahasa Arab PMR 2011 telah selesai menduduki peperiksaan kertas bahasa Arab tepat jam 10.40 am tadi. Saya nampak wajah-wajah yang ceria dan gembira. Maklumlah mereka kata soalan ok ustaz...boleh jawab lah...syukur. Saya kata bukan soalan mudah tapi sebab anda belajar bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan ilmu penuh di dada maka semua kesusahan akan bertukar menjadi senang dan mudah...kalau tak belajar dan tak menguasai bidang tersebut jika soalan mudah sekalipun akan dikatakan susah...jangan putar belit fakta dan jangan jadikan itu semua alasan...satu lagi jangan lupa mesti terus berdoa dan berdoa kepada Allah SWT sehingga keputusan sebenar keluar...kerana doa adalah langkah terakhir dalam tawakkal kita kepada Allah SWT...saya doakan semua dapat A insya Allah. Amin.

Wednesday, May 5, 2010

Format BA PMR 2010

0 comments
Format BA PMR 2005 - 2009 masih diteruskan pada tahun ini. Maka calon BA PMR tahun 2010 berhadapan dengan format baru bagi mereka kerana mereka semua telah biasa dengan format yang menggunakan versi bahasa Arab 100%. Mereka telah biasa dilatih dan didedahkan seawal tingkatan satu lagi dengan soal jawab dalam bahasa Arab dan pendedahan kaedah penulisan insyak dalam bahasa Arab. Bahkan mereka telah diberi motivasi dan dorongan bahawa penggunaan bahasa Arab sepenuhnya dalam peperiksaan lebih mudah dan senang. Mereka semua dapat menerimanya dengan dada yang lapang dan minda mereka juga telah mendapat tasawur awal format BA PMR yang akan mereka hadapi nanti. Tiba-tiba semacam satu kejutan yang amat memeranjatkan apabila dimaklumkan bahawa format BA PMR tidak berubah...apa? tidak berubah? beberapa kali soalan tersebut diulang macam tak percaya...bagaimana ingin merubah minda terdahulu pelajar, ini suatu kelentong besar dari guru dan ustaz yang mereka percayai...tetapi alhamdulillah mereka boleh percaya dan menerima situasi tersebut...maka bermulalah episod baru, semua bahan2 BA PMR terdahulu terpaksa dikeluarkan semula...maka berserahlah kita kepada yang Maha Esa...moga semuanya berjaya cemerlang hendaknya...amin.

Monday, April 19, 2010

Kursus Pemantapan Bahasa Arab PMR 2010

0 comments
Semalam 18.4.2010 hari Ahad, saya telah menghadiri kursus sehari berkaitan dengan pemantapan bahasa Arab PMR 2010.Progam tersebut bermula pada jam 8.00 pg - 4.30 ptg telah banyak memberikan faedah yang tidak ternilai harganya.Program kali ini diadakan di Dewan Sri Permata SK Tok Bok Machang.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari rumah saya namun kerana sedikit kealpaan kereta yang saya pandu telah terlajak beberapa KM menuju ke bandar Machang.
Di sana Kami telah di beritahu tentang format baru peperiksaan BA PMR yang akan bermula pada 2011.Manakala format BA PMR untuk 2010 masih kekal yang lama ( 2005 - 2009 ).Satu lagi tugas baru bagi tenaga pengajar BA PMR ialah PLBS yang wajib dilaksanakan kepada semua pelajar bermula dari tingkatan satu, dua dan tiga bermula tahun ini.Semua pelajar mesti mempunyai fail peribadi yang akan diisikan dengan evidens mereka yang akan dibawa dari tingkatan 1-3.
Walaubagaimana pun sedikit terkilan lantaran keterlewatan pihak LPM membuat keputusan tentang format baru BA PMR 2010 dan kursus pemantapan untuk para guru yang terlibat.Ianya tetap mendatangkan kesan kepada tenaga pengajar atau calon BA PMR yang terlibat.Apa yang membimbangkan ianya akan memberi kesan kepada keputusan BA PMR nanti. Walla hu a'lam.

Thursday, December 24, 2009

Keputusan BAK PMR SMKbd 2009

0 comments
Berikut adalah keputusan bagi subjek bahasa Arab komunikasi PMR 2009 bagi SMK Badak :
Bilangan calon : 11 orang
Bilangan calon lulus : 11 orang
Peratus lulus : 100%
Bilangan calon gagal : 0
Peratus calon gagal : 0%
Bilangan dan peratus calon lulus mengikut gred :
A : 3 orang, peratus : 27.27%
B : 3 orang, peratus : 27.27%
C : 2 orang, peratus : 18.18%
D : 3 orang, peratus : 27.27%
Pencapaian BAK PMR bagi SMK badak pada tahun ini adalah yang paling cemerlang berbanding pada tahun sebelumnya.Kelas bahasa Arab di sekolah ini adalah kelas aliran agama (KAA) yang terdiri dari pelajar-pelajar biasa, KAA di sekolah ini bukan kelas khas.Tidak ada seorang pun pelajar 5A upsr yang belajar di kelas ini. Namun begitu berkat kesungguhan calon yang belajar secara luar biasa maka pencapaiannya pun luarbiasa. SMK badak juga memperolehi kejayaan cemerlang dan membanggakan apabila 2 orang pelajarnya telah mendapat straight A - 1 0rang = 9A dan 1 orang = 8A dalam PMR pada tahun ini. Saya selaku guru tingkatan 3A dan guru bagi subjek bahasa Arab berasa amat berbangga dengan kejayaan tersebut.TAHNIAH ! saya ucapkan, dan syukur kepada Allah SWT di atas kejayaan tersebut.

Keputusan BAK PMR SMKbd 2008

0 comments

Berikut adalah keputusan bagi subjek bahasa Arab komunikasi PMR 2008 bagi SMK Badak :

Bilangan calon : 14 orang
Bilangan calon lulus : 14 orang
Peratus lulus : 100%
Bilangan calon gagal : 0
Peratus calon gagal : 0%
Bilangan dan peratus calon lulus mengikut gred :
A : 3 orang, peratus : 21.43%
B : 1 orang, peratus : 7.14%
C : 6 orang, peratus : 42.86%
D : 4 orang, peratus : 28.57%
Pencapaian BAK PMR bagi SMK badak pada tahun ini adalah yang paling cemerlang berbanding pada tahun sebelumnya.Kelas bahasa Arab di sekolah ini adalah kelas aliran agama (KAA) yang terdiri dari pelajar-pelajar biasa, KAA di sekolah ini bukan kelas khas.Tidak ada seorang pun pelajar 5A upsr yang belajar di kelas ini. Namun begitu berkat kesungguhan calon yang belajar secara luar biasa maka pencapaiannya pun luarbiasa. SMK badak juga memperolehi kejayaan cemerlang dan membanggakan apabila 2 orang pelajarnya telah mendapat 9A dalam PMR pada tahun ini. Saya selaku guru tingkatan 3A dan guru bagi subjek bahasa Arab berasa amat berbangga dengan kejayaan tersebut.TAHNIAH ! saya ucapkan, dan syukur kepada Allah SWT di atas kejayaan tersebut.

Thursday, October 15, 2009

Peperiksaan PMR Tamat...

0 comments
Tahniah dan syabas kepada semua calon BA PMR - seramai 11 orang calon - yang telah tamat menduduki peperiksaan BA dengan jayanya.Tepat jam 1 tengahari pada hari Selasa 13 Oktober 2009 semua calon BA PMR melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh kepuasan...puas kerana dapat selesai segala kewajipan dan dapat mengharungi segala ujian, rintangan dan cubaan...ada yang tersenyum dan ada yang muram saja, tetapi kebanyakan calon boleh menjawab soalan dengan baik, Alhmdulillah.Saya doakan kejayaan anda kalian insya' Allah.
Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation

KATEGORI

widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir