Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah...Syukur

0 comments
Alhamdulillah..Syukur semua pelajar calon bahasa Arab PMR 2011 telah selesai menduduki peperiksaan kertas bahasa Arab tepat jam 10.40 am tadi. Saya nampak wajah-wajah yang ceria dan gembira. Maklumlah mereka kata soalan ok ustaz...boleh jawab lah...syukur. Saya kata bukan soalan mudah tapi sebab anda belajar bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan ilmu penuh di dada maka semua kesusahan akan bertukar menjadi senang dan mudah...kalau tak belajar dan tak menguasai bidang tersebut jika soalan mudah sekalipun akan dikatakan susah...jangan putar belit fakta dan jangan jadikan itu semua alasan...satu lagi jangan lupa mesti terus berdoa dan berdoa kepada Allah SWT sehingga keputusan sebenar keluar...kerana doa adalah langkah terakhir dalam tawakkal kita kepada Allah SWT...saya doakan semua dapat A insya Allah. Amin.

Friday, September 9, 2011

Selamat Hari Raya Fitrah 1432H

0 comments
Diucapkan Selamat Hari Raya Fitrah 1432H kepada semua kaum muslimin dan muslimat.Maaf Zahir dan Batin.Taqabalallah Minkum.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR 2011

0 comments
Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR 2011 kepada semua calon PMR SMK Badak 2011 terutama calon KAA. Semoga anda kalian berjaya dengan cemerlang.Amin.

Ahlan Ya Ramadhan 1432H

0 comments
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selamat Menyambut Ramadhan A Mubarak dan Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.Amin Ya Rab.

Thursday, December 16, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432H

0 comments
Orang yang berhijrah dalam bahasa Arab disebut Al muhajir.

قال الرسول صلى الله عليه وسلم : المهاجر من هجر ما نهى الله عنه

Nabi SAW Bersabda yang bermaksud ' orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah SWT.'
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432H.

Tuesday, October 12, 2010

Mubaarakullak Ya Banaati !!!

0 comments
Tahniah diucapkan kepada semua calon BA PMR 2010 kerana telah selamat menempuhi ujian bagi kertas BA 31/1 tepat jam 10.40 pagi tadi. Saya doakan semoga anda semua berjaya dengan cmerlang insy Allah.

Wednesday, October 6, 2010

Selamat Menduduki PMR

0 comments
Ana ucapkan Selamat menduduki PMR kepada semua calon PMR 2010. INGAT KERTAS BA PADA HARI SELASA 12.10.2010. Semoga anda berjaya dengan cemerlang. Amin.

Sunday, September 5, 2010

Cara ucapan yang betul sempena aidilfitri

0 comments
Adilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiran bagi setiap muslimin dan muslimat tidak kira kanak-kanak atau dewasa.Mereka bertukar-tukar ucapan selamat hari raya...kita selalu mendengar ucapan selamat hari raya maaf zahir batin apabila menjelang 1 syawal...ucapan sebegitu bukanlah salah tetapi ada lagi ucapan yang lebih baik pernah diucapkan oleh nabi saw dan para sahabat di hari raya iaitu taqabbalallah minna waminkum..maksudnya semoga Allah swt menerima segala amal ibadat kami dan anda semua di sepanjang Ramadhan.

Monday, August 30, 2010

Salam Ramadhan & Salam Aidil Fitri 1431H

0 comments
Diucapkan selamat menjalani ibadat puasa dengan penuh keimanan dan perhitungan kepada semua pengunjung blog ini.
Dan
Diucapkan selamat hari raya aidil fitri taqabbalah minna waminkum maaf zahir batin kepada anda semua...

Thursday, January 21, 2010

Cubalah Beberapa Kali...

0 comments
Mohon maaf kepada para ustaz/ustazah yang ingin mendapatkan bahan tetapi tidak berjaya untuk download bhn tersebut. Mungkin ada sedikit kesilapan teknikal. Cuma ana nasihatkan cubalah download beberapa kali...anda pasti berjaya. Terimakasih kepada ikhwah yang telah memanafaatkan beberapa bahan dari blog ini...dan jangan lupa singgahlah di kala kelapangan...jika ada idea lontarkanlah...

Saturday, January 2, 2010

Selamat Belajar dan Selamat Mengajar Tahun 2010

0 comments
Tanamkan azam untuk lakukan yang terbaik, dan sentiasa tetap di atas landasan..." assabat ala al mabda' ". Amalkanlah sifat mahmudah dan tinggalkanlah sifat mazmumah...jauhi maksiat kerana ia penghalang sampainya ilmu di dada. Banyakkan zikrullah kerana ia adalah cahaya penyuluh ke jalan kebenaran, jauhi sifat bohong kerana ia jalan ke neraka, amalkan bercakap benar kerana ia jalan ke syurga...
Semulia-mulia insan adalah guru, guru yang ikhlas balasannya syurga, guru yang riya' balasannya neraka...

Monday, December 28, 2009

Sunday, November 29, 2009

Salam Eidul Adha 1430 H

0 comments
Selamat Hari Raya Qurban/haji kepada semua pengunjung dan pelawat semoga mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWt dari amalan korban yang dilaksanakan. Kehidupan perlu kepada pengorbanan dan tiada istilah percuma atau FREE untuk mendapat kecemerlangan.
Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir