Khilaf ertinya berselisih pendapat atau pendapat yang berbeza di antara satu sama lain. Manusia dicipta akal fikiran, hasilnya banyak buah fikiran yang kadang-kadang membawa perbezaan pandangan dan pendapat. Masalah ini bermula semenjak terciptanya manusia, iaitu semenjak zaman Nabi Adam a.s. Perselisihan di antara Habil dan Qabil satu contoh bermulanya perselisihan. Cuma ada segelintir kalangan umat Islam yang menolak masalah khilafiyyah seratus peratus. Ini satu kesilapan. Masalah khilafiyyah dalam Islam berlaku lantaran perbezaan cara memahami sumber hukum hakam Islam yang bersumberkan bahasa Arab. Al Quran berbahasa Arab, Al Hadis berbahasa Arab dan banyak kitab-kitab rujukan hasil karangan cendikiawan Islam adalah berbahasa Arab. Mengapa akhir-akhir ini kita lihat banyak pertembungan berlaku dalam masalah khilafiyyah. Jawapannya kerana kebanyakan ilmuan Islam masakini tidak menguasai ilmu bahasa Arab secara mendalam dan terperinci. Justeru cara mereka memahami istilah yang berkaitan dengan hukum hakam dan ilmu Islam juga akan mudah terpesong dan tidak tepat. Bagi ana perselisihan cendikiawan Islam masa silam banyak mendatang kebaikan dan keberkatan. Sebaliknya perselisihan cendikiawan Islam masakini ana lihat banyak mendatangkan kemusnahan dan kerosakan. Inilah zaman fitnah. Inilah zaman yang pernah diberi peringatan oleh Nabi SAW tentang bahayanya yang bakal dihadapi oleh umat di akhir zaman. Ana berdoa semoga kita terhindar dari fitnah akhir zaman ini. Amin.
-
No comments:
Post a Comment