Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Motivasi Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Pelajar. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Program Seminar Penulisan Khat Arab dan Jawi KAA 2013

0 comments
Panitia BA SMKBd telah mengadakan satu lagi program pengukuhan pelajar KAA bagi tahun 2013 iaitu Program Seminar Penulisan Khat Arab dan Jawi. Program tersebut dimulai dengan pendaftaran peserta seramai 60 orang, diikuti dengan slot ceramah pendedahan penulisan khat g telah disampaikan oleh Al Fadhil Ust Nik Abdul Rahman Zaki seorang pakar khat yg terkenal di tanahair.Kemudian para peserta dpt mengikuti slot bengkel cara menulis khat yg diseliakan sendiri oleh penceramah.Tahniah kpd para peserta yg dpt menghadirkan diri dan mengikuti seminar dengan jayanya.Terimakasih kpd pihak sekolah khususnya pn pengetua SMKBd yg telah memberi kerjasama dan sokongan yg padu dlm menjayakan program ini.

Di bawah ini beberapa foto perjalanan program seminar khat :









Di bawah ini beberapa foto contoh jenis-jenis khat yang telah ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Nik :







 Di bawah ini foto penyampaian cenderamata kepada penceramah dan pembantu penceramah di akhir seminar :



Program Kecemerlangan Bahasa Arab PMR ( siri 1 ) Auladi Al Ahibba' KAA 2013

0 comments
Panitia BA SMKBd telah berjaya melaksanakan progam kecemerlangan BA PMR 2013 pada 28.06.2013 bertempat di Makmal Komputer SMKBd. Program dimulai dgn pendaftaran peserta, kemudian diikuti dgn ceramah Teknik Menjawab BA PMR yg telah disampaikan oelh Al Fadhil Ust Adnan Ishak.Seterusnya peserta dpt mengikuti slot bengkel menjawab dan sesi perbincangan setiap bahagian soalan BA PMR.Tahniah kpd semua peserta yg dpt mengikuti program dgn jayanya.Terimakasih kpd pihak sekolah khususnya pn pengetua yg telah memberi kerjasama dan dorongan dlm menjayakan program ini...

Para Peserta sedang khusyuk mendengar ceramah Teknik Menjawab BA PMR 2013

Al Fadhil Ust Nasir KP BA SMKBd sedang menyampaikan cenderamata kenangan kpd penceramah Al Fadhil Ust Adnan.

Thursday, August 2, 2012

Kuatkan iman di bulan Ramadhan

0 comments
Inilah masa terbaik untuk kita meningkatkan iman kita, untuk kita menguatkan iman kita.Iman adalah sebaik2 perisai untuk menghadapi serangan jahat syaitan dan hawa nafsu kita.Bulan Ramadhan masa yang paling tepat dan sesuai untuk kita membajai jiwa kita dengan baja iman.

Saturday, March 31, 2012

Kecemerlangan menuntut satu pengorbanan tinggi

0 comments
Ana mula merasai satu tamparan dlm dunia pendidikan apabila guru yg secara sukarela mengadakan kelas tuisyen ba tanpa meminta sebarang bayaran demi melihat anak bangsa seagama berjaya cemerlang.Namun pengorbanan seorang guru belum dpt difahami oleh murid yg masih leka dan hanyut dlm dunia kebudak-budakkan.Kehadiran yg sepatutnya 17 org tapi yg hadir hanya 10 org shj.Inilah cabaran dan inilah gangguan2 yg tidak sepatutnya berlaku.Bunyi shj pelajar terpilih.Ya, tetapi terpilih dr kalangan pelajar yg tidak mahu dirinya dipilih.Setiap tahun itulah kekangannya namun guru sentiasa bersabar..Tanpa kesabaran maka tiadalah kejayaan...pelajar yg sedar nasihatilah pelajar yg kurang kesedaran...

Tuesday, March 8, 2011

Kesedaran...

0 comments
Setelah hampir 3 bulan kita telah melalui sesi persekolahan baru 2011. Sepanjang tempoh tersebut saya sebagai guru bahasa Arab telah menempuh banyak cabaran dan ujian untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa melayu muslim supaya menguasai bahasa Arab dan mencintainya. Namun saya dapati halangan utama yang menyukarkan mereka untuk menguasai bahasa Arab dengan baik ialah TANPA KESEDARAN dalam jiwa dan sanubari mereka betapa pentingnya mempelajari dan menguasai bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan bahasa Al Quran...Saya sedih kerana tujuan mereka belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan dan skor A dalam PMR semata-mata. Justeru inilah satu kegagalan kita sebenarnya yang tidak dapat memberi kefahaman sebenar atau kita tidak sempat untuk memberi faham kepada murid2 kita atau kita juga lalai dan leka dengan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Sama2lah kita renungkan dan muhasabah diri. Namun persekitaran ( bi'ah ) pelajar juga amat berperanan sehingga memberi kesan negatif kepada pemikiran anak-anak murid terhadap kepentingan mempelajari bahasa Arab.

Friday, December 24, 2010

Pelajar Berbangsa Cina Cemerlang Bahasa Arab PMR 2010

0 comments

Wee Soo Yen mendapat 8A termasuk bahasa Arab

Wee Soo Yen seorang pelajar berbangsa Cina telah membuktikan bahawa subjek bahasa Arab bukanlah subjek 'killer' yang menakutkan pelajar untuk mencapai gred A dalam semua subjek yang diambil. Jangan jadikan alasan untuk mencapai kejayaan. Rajin dan Usaha tangga kejayaan sebenarnya tidak mengenal sesiapa samada Melayu, Cina, India, Arab, Kadazan dan sebagainya. Ia juga tidak mengenal agama, orang yang rajin dan usaha pasti berjaya. Hari ini Wee Soo Yen telah meluahkan kata-kata yang bernas " Hari ini saya membuktikan bahawa tidak ada yang susah untuk mencapai kejayaan "


Monday, July 5, 2010

Faudhowiyyu

0 comments
Dalam bahasa Arab ditulis begini " فوضوي " maknanya kelam kabut, kacau bilau dan seumpama dengannya. Biasanya manusia yang bersifat faudhowiyyu ini tiada perancangan dan tiada matlamat dalam hidup. Zaman sekarang orang panggil " IT " Ikut Terlintas. Punah ranah seandainya kita diketuai dengan nakhoda yang bersifat begini. Islam menentang keras kita bekerja tanpa sistematik bahkan Islam mensyaratkan niat itu adalah syarat utama keesahan sesuatu amal ibadat. Janganlah kita bersifat faudhowiyyu.

Friday, May 21, 2010

Benarkah Subjek BA 'KILLER' ?

0 comments
Ana menjadi ragu-ragu dan sangsi, benarkah bahasa Arab adalah subjek 'killer' atau penggeraknya dan pemacunya yang menjadikannya 'killer'. Seandainya kader-kadernya tidak bijak mengurus subjek BA ini dengan betul dan sistematik maka kadernyalah yang menjadi pembunuh pejuang bahasa Arab...yang menjadi mangsanya adalah anak bangsanya sendiri dan saudara seagamanya sendiri...Kebenaran yang diuruskan tanpa sistem yang betul akan dikalahkan oleh kejahatan dan kebatilan yang diuruskan dengan sistem yang betul.

Wednesday, May 12, 2010

Hukum Mempelajari Bahasa Arab

0 comments
Sebahagian besar ulamak berpendapat bahawa belajar bahasa Arab adalah wajib. Ini kerana ia adalah alat untuk memahami al Quran. Belajar al Quran adalah wajib maka mempelajari bahasa al Quran juga menjadi wajib kerana tanpa mempelajarinya kita sukar untuk memahami al Quran. Bahasa Arab juga digunapakai dalam solat. Tidak sah solat jika kita tidak membaca surah Al Fatihah. Surah Al Fatihah diturunkan dengan bahasa Arab...Maka sekali lagi kita wajib mempelajari bahasa Arab supaya kita dapat membaca surah al Fatihah dan memahaminya. Memahami al Fatihah adalah syarat penting untuk khusyuk di dalam solat. Khusyuk dalam solat adalah syarat penting untuk meletakkan solat kita diterima Allah SWT dan seterusnya menjadi solat yang efektif dalam kehidupan. Ya Allah masukkanlah kami dalam golongan orang yang mempelajari bahasa Arab dan mencintainya.Amin.

Friday, March 5, 2010

Sombong dan Angkuh

0 comments
Setiap pelajar dinasihatkan supaya tidak sombong dan angkuh dalam menuntut ilmu.Saya tujukan nasihat ini kepada pelajar yang rasakan dirinya sudah cemerlang atau sudah pandai...perasan kononnya pandai..itu namanya sombong!!!
Mengapa saya katakan begitu?
Cikgu buat tuisyen pelajar ini tidak datang...sebab dia rasa dirinya sudah pandai dan menguasai subjek itu.Saya katakan kejayaan cemerlang seorang pelajar itu tetap ada kaitan dengan gurunya.Guru cemerlang akan melahirkan pelajar cemerlang.Jangan anggap diri sendiri yang menjadi satu-satunya punca kecemerlangan.Ibubapa, rakan-rakan juga ada sumbangan dalam kejayaan cemerlang seorang pelajar.Korbankanlah masa anda, jiwa dan raga anda untuk belajar bersungguh-sungguh...ikutlah apa yang guru ajar...jangan tipu guru, jangan permainkan idea bernas guru...jika anda mahu cemerlang...

Wednesday, February 17, 2010

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

0 comments
Pepatah ini amat sesuai kepada pelajar yang asyik malas untuk belajar dengan mengatakan bahasa Arab itu susah dan sukar, saya belum tamat Al Quran, saya tak tahu jawi...dan sebagainya.Ana diberitahu oleh seorang rakan bahawa sekolahnya ada murid berketurunan cina mendaftar subjek bahasa Arab PMR pada tahun ini-2010 bahkan markahnya juga cukup cemerlang...Oleh itu ana tegaskan bahawa tak ada alasan bagi murid Melayu Muslim yang asyik beralasan untuk tidak belajar bahasa Arab...Ana nak tanya, adakah murid berbangsa cina tu dah khatam Al Quran, tahu jawi lebih daripada murid berbangsa melayu muslim???Jadi tidak semestinya khatam Al Quran, tahu jawi dan 1001 alasan lagi untuk belajar bahasa Arab...fikir-fikirkanlah!!!

Monday, February 8, 2010

Motivasi Pelajar

0 comments
Ana masuk ke kelas dan memulakan pengajaran, ana mengajar tapi murid nampaknya macam tak nak belajar.Ana katakan inilah SIKAP!!! SIKAP PELAJAR!!!. Ana cuba beri faham tentang peranan dan sumbangan sikap terhadap kejayaan seseorang pelajar.Tapi pelajar ni kalau cikgu bagi motivasi dia kata cikgu membebel, merepek, mengomel dan sebagainya.Ada setengahnya antimotivasi, antikesedaran...susah nak katakan...ada pelajar yang rasanya dia dah pandai, dah excelent, hebat kononnya...pantang ditegur, kekadang merajuk dengan guru.Ana cuba ketengahkan satu kajian di Harvard Business School 1972, mengatakan peratus sumbangan empat faktor berikut di dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan kecil :

Cuba anda masukkkan peratus sumbangan setiap faktor berikut :
a. Kemahiran :...................%
b. Kepandaian:..................%
c. Maklumat :....................%
d. Sikap :............................%

Dapatan kajian :
a. Kemahiran :
b. Kepandaian: faktor a, b dan c hanya 7 %
c. Maklumat :
d. Sikap : 93 %

Ini yang dikatakan Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan. Rajin dan Usaha adalah sikap. Maka Kejayaan sebenarnya ditangan kita dan kegagalan juga ditangan kita, maka tanyalah kita apa yang kita mahukan.

Apakah yang menentukan sikap seseorang ?

3E

Enviroment - Persekitaran
Experiment - Pengalaman
Education - Pendidikan

Para pelajar adalah anak-anak, anak-anak ibarat kain putih maka gurulah yang mencorakkannya.Selayaknya para pelajar diberi motivasi hampir setiap saat dan minit...mengapa??? jawapannya kerana mereka bersifat pelupa...sentiasa lupa, leka, lalai, hanyut bersama masa yang berlalu...yang ada hanya angan-angan nak berjaya...kalau ditanya semuanya inginkan kejayaan, kecemerlangan tapi hanya satu ANGAN-ANGAN atau Fatamorgana ...seandainya ilmu pengetahuan itu boleh dicapai dengan angan-angan nescaya tidak akan wujud seorang pun insan jahil di dunia ini...Sekian.Wallahu'alam.

Friday, January 22, 2010

Kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan dalam

0 comments
Jika kita tidak pakar dalam sesuatu bidang jangan cepat mengeluarkan kenyataan...buruk padahnya...akibatnya jika kenyataan itu salah, ia melibatkan amanah ilmu maka satu generasi akan rosak. Berhati-hatilah, dan jika kita tidak pasti sila bertanyalah dahulu kepada orang yang lebih pakar. Lebih parah lagi jika kenyataan itu bertujuan untuk menjatuhkan orang lain atau meremeh-remehkan orang lain maka tindakan kita itu akan memakan diri sendiri. Sepatutnya kita memberitahu kesilapan seseorang itu terus kepada tuannya. Jika kita membuat koreksi diri seseorang itu di belakangnya maka itu mengumpat namanya. Sebab itu Allah SWT berfirman: [أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه مية فكرهتموه ...الأية] dan Allah SWT juga berfirman : [فاسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون] : Bertanyalah ahli ilmu (yakni orang yang berkepakaran dalam bidang ilmu) jika kamu tidak tahu.

Monday, October 19, 2009

Tension Ustaz !!!..

0 comments
Saya masuk ke kelas 2 Aktif namun sedikit kemurungan saya dapati ada pada penghuninya.Apabila ditanya jawapannya ialah ' tension ustaz!!!'. Wah! jawapannya macamlah mereka pula gurunya. Saya tanya ' apa makna tension? '. Mereka beri jawapan yang pelbagai diantaranya ... ' boring ustaz, tekanan ustaz ... dan sebagainya '.Siapa tekan siapa pula? saya bertanya. Mereka jawab ' cikgulah yang tekan '.Alamak cikgu pula tekan mereka. Saya kata budak-budak sekarang pandai sebut pasal tekanan pula. Umur baru 14 tahun dah tahu menahu pasal tekanan baguslah.Tapi apa kamu buat apabila rasa tertekan?. Tak tahu ustaz...Itulah kamu, perkara yang menyebabkan kamu rasa tertekan ialah diri kamu sendiri. Diri kamu yang tidak pernah mahu berubah. Diri kamu yang tiada kesedaran ( motivasi ). Mata celik tapi jiwa dan hati tidur 24 jam. Guru bagi nasihat tidak mahu dengar. Berfikir macam orang dewasa bahkan kamu suka fikir apa yang orang dewasa fikirkan. Sedangkan benda yang kamu fikirkan itu belum sampai masanya lagi. Contohnya fikir tentang berumah tangga, berpasangan dan hal-hal yang berkaitan dengan orang dewasa, semuanya disumbat ke dalam kotak fikiran mereka. Satu lagi tiada jatidiri. Hanyut macam lalang ditiup angin. Angin bertiup ke hilir ke hilirlah ia, angin bertiup ke hulu maka ke hululah ia...Wahai anak-anak kalian jadilah kamu macam ikan di laut, dirinya tetap tawar walaupun dikelilingi oleh air laut yang masin. Isi ikan itu tetap nuteral...kalau tension kita persalahkan orang lain sedangkan kita tidak pernah bersiap sedia memperlengkapkan diri untuk belajar bersungguh-sungguh dengan jadual waktu persendiriannya dan sebagainya, yang sepatut kamu buat ialah ulangkaji pelajaran, ulang-ulangkan apa yang diajar oleh guru, baca dulu tajuk pelajaran sebelum guru mengajar, baru kamu tak tension, guru pun sukahati, kamu pun dapat berkat...cukuplah setakat itu untuk hari ini, saya nak keluar kelas masa dah tamat...Ilalliqa', Assalamulaikum.

Bahasa Arab Mudah...

0 comments
Jika ditanya kepada sesetengah pelajar sekolah tentang bahasa Arab nescaya mereka akan menjawab ' bahasa Arab susah ustaz!! '. Ini sebenarnya jawapan bagi orang yang jahil. Benarlah pepatah Arab ada mengatakan ' manusia akan memusuhi perkara yang ia tidak tahu/jahil '. Sebagai contoh manusia takut kepada hantu. Jadi apabila diberitahu bahawa di tandas itu ada hantu nescaya manusia itu takut untuk pergi ke tandas dan ia akan memusuhi tandas tersebut. Sedang ia tiada ilmu pun tentang wujudnya hantu di situ tetapi perkara yang belum tahu itulah menjadi musuhnya. Satu lagi pepatah melayu ada menyebut ' tak kenal maka tak cinta '. Sebenarnya bahasa Arab memang satu bahasa yang unik dan agak tinggi ilmunya namun ianya tidaklah susah dan sukar untuk dipelajari syaratnya ' CINTAILAH IA ' dan ' JANGAN MEMUSUHINYA '.
Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation

KATEGORI

widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir