Huruf Alif Ba' Ta' sehingga Ya memang terbukti kehebatannya dan diakui oleh salah seorang pakar atom dari pakistan. Saya memperolehi maklumat ini dari Dr Nik Omar semasa saya membuat rawatan di hospitalnya di Gelang Mas Pasir Mas. Beliau menceritakan kepada saya bahawa seorang pakar atom dari Pakistan pernah memberitahunya hasil kajian beliau terhadap molekul air yang dibaca ke atasnya ayat-ayat al Quran menjadikan molekul air itu lebih tersusun dan indah berbanding dengan molekul air yang tidak dibaca ke atasnya ayat-ayat suci al Quran. Maka beliau berkeyakinan bahawa air yang dibaca ayat-ayat suci al Quran sebenarnya boleh merawat penyakit lantaran molekul air yang tersusun indah itu menjadi lebih bertenaga dan ada energinya tersendiri. Oleh sebab itulah agama Islam mengajar kita supaya membaca doa atau basmalah sebelum kita makan dan minum supaya makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh badan kita lebih berkhasiat dan bertambah berkat. Sebenarnya ayat-ayat suci al Quran yang dibaca atau doa yang dibaca dalam bahasa Arab semua kalimahnya terdiri daripada huruf ejaan Alif Ba' Ta' sehingga Ya. Ini menunjukkan huruf Alif Ba' Ta' ada kehebatannya tersendiri. Oleh itu jika kita menyebut Alif Ba' Ta' sehingga Ya ke atas air nescaya air itu boleh berubah menjadi lebih tersusun dan indah sehingga boleh merawat penyakit dan menjadikan orang yang meminumnya lebih bertenaga. Sesungguhnya Alif Ba' Ta' sangat hebat dan saya yakin jika Alif Ba' Ta' ini dibaca ke atas manusia maka segala ion negatif dan positif yang ada dalam diri manusia juga akan menjadi lebih tersusun dan indah menjadikan manusia itu lebih hebat auranya dalam kehidupan seharian...Fikir-fikirkanlah...
-
No comments:
Post a Comment