SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.

Thursday, December 24, 2009

Keputusan BAK PMR SMKbd 2008

Berikut adalah keputusan bagi subjek bahasa Arab komunikasi PMR 2008 bagi SMK Badak :

Bilangan calon : 14 orang
Bilangan calon lulus : 14 orang
Peratus lulus : 100%
Bilangan calon gagal : 0
Peratus calon gagal : 0%
Bilangan dan peratus calon lulus mengikut gred :
A : 3 orang, peratus : 21.43%
B : 1 orang, peratus : 7.14%
C : 6 orang, peratus : 42.86%
D : 4 orang, peratus : 28.57%
Pencapaian BAK PMR bagi SMK badak pada tahun ini adalah yang paling cemerlang berbanding pada tahun sebelumnya.Kelas bahasa Arab di sekolah ini adalah kelas aliran agama (KAA) yang terdiri dari pelajar-pelajar biasa, KAA di sekolah ini bukan kelas khas.Tidak ada seorang pun pelajar 5A upsr yang belajar di kelas ini. Namun begitu berkat kesungguhan calon yang belajar secara luar biasa maka pencapaiannya pun luarbiasa. SMK badak juga memperolehi kejayaan cemerlang dan membanggakan apabila 2 orang pelajarnya telah mendapat 9A dalam PMR pada tahun ini. Saya selaku guru tingkatan 3A dan guru bagi subjek bahasa Arab berasa amat berbangga dengan kejayaan tersebut.TAHNIAH ! saya ucapkan, dan syukur kepada Allah SWT di atas kejayaan tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir