Format BA PMR 2005 - 2009 masih diteruskan pada tahun ini. Maka calon BA PMR tahun 2010 berhadapan dengan format baru bagi mereka kerana mereka semua telah biasa dengan format yang menggunakan versi bahasa Arab 100%. Mereka telah biasa dilatih dan didedahkan seawal tingkatan satu lagi dengan soal jawab dalam bahasa Arab dan pendedahan kaedah penulisan insyak dalam bahasa Arab. Bahkan mereka telah diberi motivasi dan dorongan bahawa penggunaan bahasa Arab sepenuhnya dalam peperiksaan lebih mudah dan senang. Mereka semua dapat menerimanya dengan dada yang lapang dan minda mereka juga telah mendapat tasawur awal format BA PMR yang akan mereka hadapi nanti. Tiba-tiba semacam satu kejutan yang amat memeranjatkan apabila dimaklumkan bahawa format BA PMR tidak berubah...apa? tidak berubah? beberapa kali soalan tersebut diulang macam tak percaya...bagaimana ingin merubah minda terdahulu pelajar, ini suatu kelentong besar dari guru dan ustaz yang mereka percayai...tetapi alhamdulillah mereka boleh percaya dan menerima situasi tersebut...maka bermulalah episod baru, semua bahan2 BA PMR terdahulu terpaksa dikeluarkan semula...maka berserahlah kita kepada yang Maha Esa...moga semuanya berjaya cemerlang hendaknya...amin.
-
No comments:
Post a Comment