Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, April 19, 2010

Kursus Pemantapan Bahasa Arab PMR 2010

Semalam 18.4.2010 hari Ahad, saya telah menghadiri kursus sehari berkaitan dengan pemantapan bahasa Arab PMR 2010.Progam tersebut bermula pada jam 8.00 pg - 4.30 ptg telah banyak memberikan faedah yang tidak ternilai harganya.Program kali ini diadakan di Dewan Sri Permata SK Tok Bok Machang.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari rumah saya namun kerana sedikit kealpaan kereta yang saya pandu telah terlajak beberapa KM menuju ke bandar Machang.
Di sana Kami telah di beritahu tentang format baru peperiksaan BA PMR yang akan bermula pada 2011.Manakala format BA PMR untuk 2010 masih kekal yang lama ( 2005 - 2009 ).Satu lagi tugas baru bagi tenaga pengajar BA PMR ialah PLBS yang wajib dilaksanakan kepada semua pelajar bermula dari tingkatan satu, dua dan tiga bermula tahun ini.Semua pelajar mesti mempunyai fail peribadi yang akan diisikan dengan evidens mereka yang akan dibawa dari tingkatan 1-3.
Walaubagaimana pun sedikit terkilan lantaran keterlewatan pihak LPM membuat keputusan tentang format baru BA PMR 2010 dan kursus pemantapan untuk para guru yang terlibat.Ianya tetap mendatangkan kesan kepada tenaga pengajar atau calon BA PMR yang terlibat.Apa yang membimbangkan ianya akan memberi kesan kepada keputusan BA PMR nanti. Walla hu a'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir