Jika ditanya kepada sesetengah pelajar sekolah tentang bahasa Arab nescaya mereka akan menjawab ' bahasa Arab susah ustaz!! '. Ini sebenarnya jawapan bagi orang yang jahil. Benarlah pepatah Arab ada mengatakan ' manusia akan memusuhi perkara yang ia tidak tahu/jahil '. Sebagai contoh manusia takut kepada hantu. Jadi apabila diberitahu bahawa di tandas itu ada hantu nescaya manusia itu takut untuk pergi ke tandas dan ia akan memusuhi tandas tersebut. Sedang ia tiada ilmu pun tentang wujudnya hantu di situ tetapi perkara yang belum tahu itulah menjadi musuhnya. Satu lagi pepatah melayu ada menyebut ' tak kenal maka tak cinta '. Sebenarnya bahasa Arab memang satu bahasa yang unik dan agak tinggi ilmunya namun ianya tidaklah susah dan sukar untuk dipelajari syaratnya ' CINTAILAH IA ' dan ' JANGAN MEMUSUHINYA '.
-
No comments:
Post a Comment