SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.

Saturday, February 13, 2010

Al Fahmu Wal Istii'aabu-memahami teks


الفهم والاستيعاب

Contoh Soalan Kefahaman


Kepada para pelajar yang mengambil subjek bahasa Arab dan akan menduduki peperiksaan PMR, di sini saya sarankan sedikit panduan untuk menjawab soalan kefahaman dan soalan seerti/berlawan.

Teknik menjawab soalan kefahaman :

1- Baca petikan beberapa kali atau baca soalan dahulu kemudian baca petikan beberapa kali.
2- Baca soalan dan jawab-biasanya bagi soalan pertama jawapannya berada di perenggan yang pertama dan begitulah seterusnya.
3- Jawapan mesti lengkap-ada muqaddimah (pendahuluan) jawapan.
4- Jawapan hendaklah dalam bahasa Arab sepenuhnya.
5- Jawab soalan mudah dahulu diikuti dengan soalan yang lebih sukar dan begitulah seterusnya.
6- Gunakan tulisan yang besar dan jelas untuk dibaca.
7- Jangan sesekali tinggal kosong tanpa jawapan-cubalah menulis jawapan walaupun anda tidak menguasai soalan dan jawapan dengan baik.





Al Muradifat dan Al Mudhoddat

Soalan sinonim ( seerti ) dan antonim ( berlawan ) :
- anda disarankan kerap menggunakan kamus bahasa Arab (jika ada kamu Arab-Arab lebih baik) dan bacalah buku teks untuk menambahkan perbendaharaan kata.
- Oleh itu setiap pelajar hendaklah memiliki sekurang-kurangnya satu kamus bahasa Arab.


Selamat Mencuba !!

No comments:

Related Posts with Thumbnails
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir