Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, July 12, 2010

Mesyuarat Penataran Format Baru Bahasa Arab PMR 2010

Pada 1 - 2 Julai 2010 LPM KPM telah mengadakan mesyuarat penataran format baru BA PMR bagi zon timur bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan.Semua guru BA PMR dari negeri Kelantan, Trengganu dan Pahang berhimpun di Hotel tersebut.Seramai 3 orang penceramah telah mengisi 3 slot utama mesyuarat tersebut.Format baru bagi subjek BA 31/1 dan BA 31/2 telah dibentangkan oleh Ustaz Wan Adnan dan Ustazah Norhayati.Saya tidak banyak terkejut dengan perubahan ini namun masih merasa terkilan lantaran masa pendedahan yang tidak sepatutnya berlaku.Justeru saya merasa amat bimbang terhadap penguasaan pelajar berhadapan dengan format baru kerana tempoh masa untuk menghadapi peperiksaan sebenar terlalu dekat.Para pelajar tidak mempunyai banyak masa kerana rata-rata pelajar yang ambil sbjek BA terpaksa berhadapan dengan 8 subjek lain lagi.Pelajar KAA bagi SRK dan sekolah yang ada KRK tidak menjadi masalah yang besar tetapi Pelajar KAA bagi sekolah harian biasa tanpa KRK, mereka adalah pelajar kampung yang bersandarkan minat semata-mata tanpa kelayakan diperingkat UPSR - paling maksima 3A dan kebanyakannya 2A atau 1A.Persaingannya terlalu hebat berbanding pelajar2 dari SBP, SBPI, SMKA dan lain2 sekolah terpilih dalam negara.Sebenarnya diperingkat perancangan terlalu cantik kerana kelayakan minimum yang mesti ada pada pelajar KAA ialah 3A dalam UPSR.Kelayakan ini tidak boleh digunapakai di sekolah aliran biasa yang menjadi tumpuan pelajar lebihan dari sekolah SRK atau KRK yang berdekatan.Mereka ini tidak mempunyai keputusan yang baik di peringkat UPSR.pemilihan kita berkisar dari pelajar yang sudah dipilih...maka kita tidak ada banyak pilihan.Untuk kelas Arab kita pilih pelajar yang berminat dan boleh menulis sedikit jawi.
Harapan semoga pihak yang bertanggungjawab supaya menyalurkan pelajar tingkatan 1 ke semua sekolah secara adil dan saksama dari segi kebolehan mereka dalam akademik.Terutamanya saluran ke kelas KAA, syarat paling minimum 3A dalam UPSR. Jika tidak, kelas KAA sekolah harian biasa layak ditutup.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir