SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.

Monday, May 17, 2010

Format BA PMR 2010 : Mengapa Celaru??

Format BA PMR 2010 masih menjadi tandatanya dan agak mengelirukan...adakah kekal format lama atau ubah kepada format baru? Sekarang ini sudah bulan mei dan menghampiri bulan jun, namun ianya masih kabur.Mengapa ini berlaku kepada satu subjek yang begitu hebat dan agung di sisi agama Islam? Subjek hebat tapi pengurusnya pula bermasalah...Kadang-kadang perkara sebegini menjadi buah mulut banyak pihak, serta memberikan tanggapan negatif terhadap subjek BA dan tenaga pengajar BA...sebelum ini pun macam-macam tanggapan telah diberikan, diantaranya ialah BA subjek ' killer ' , ambil bahasa Arab rugi sebab tiada peluang pekerjaan, BA susah - soalan peperiksaan tidak sama dengan buku teks, nama subjek BA selalu berubah sekejap Bahasa Arab Komunikasi, sekarang Bahasa Arab tanpa komunikasi dan macam-macam lagi...nampak semacam tidak konsisten.Jika inginkan kepercayaan orang lain kepada subjek BA maka peneraju subjek BA mestilah hebat dan konsisten dalam membuat apa-apa keputusan berhubung bahasa Arab...

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ustaz, memang betul pengurusan pepriksaan PMR BA gagal... format ini dah bermula sejak 2007 T1, sukatan sudah ada huraian sukatan sudah ada tiga tahun yang lalu tapi hairan kenapa pihak penggubal soalan begitu alpa, 3 tahun mereka buat apa? sehingga sekarang masih tidak ada format yang tetap katanya nak ubah lagi betul ke?.....

Related Posts with Thumbnails
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir