Status bahasa Arab PMR yang dikategorikan sebagai subjek elektif memberikan keistimewaan yang tersendiri kepada subjek BA.Maka calon-calonnya juga adalah calon elektif di antara beratus orang calon PMR.Di awal tahun begini masing-masing pelajar yang belajar bahasa Arab selama 3 tahun membuat pilihan samada mendaftar dalam PMR atau tidak, maka ada yang istiqamah dan ada yang menarik diri di saat akhir...pening juga kepala ustaz!!!bukan tidak suka ustaz katanya tapi banyak sangat pandangan negatif..." jangan daftar BA! killer !! "( mungkin ini tidak berlaku di SMKA/SBP /KRK )
Banyak isu sebenarnya berhubung pemilihan calon BA PMR, sedikit sebanyak menyusahkan banyak pihak, terutamanya SU PMR, mengapa ini terjadi kepada subjek BA? Apakah kesalahannya? Adakah pihak-pihak yang terlibat secara langsung peka dengan perkara sebegini? Saya cadangkan sekali-sekala bolehlah unit BA bahagian SPI JPN negeri turun padang memberi motivasi tentang bahasa Arab...kepentingannya, kehebatannya, kekuatannya...kerana ucapan yang keluar dari tuan/puan pegawai-pegawai terbabit ini tidak sama dengan apa yang pernah keluar dari mulut gurunya sendiri, tentulah sentuhannya lebih hebat dan bermakna, justeru libatkan sama para guru BA, pihak pentadbir sekolah selain para pelajar KAA yang terlibat.
Mengapa saya lontarkan perkara ini?...jawapannya kerana masih ada sekolah yang mengutuk keras subjek BA, meletakkan seluruh masalah ke atas subjek ini, ia adalah penyebab utama segala-galanya seandainya % PMR sekolah itu rendah...alangkah sedihnya...
Jika ini terus berlaku maka tidak mustahil suatu hari nanti bahasa Arab akan berkubur begitu saja dari muka bumi ini...na'uzu billah min zaalik...
Seterusnya, SU PMR akan mengeluarkan senarai calon BA PMR setelah calon menurunkan tandatangan bersetuju...Maka akan tersenarailah nama calon BA PMR yang sah dan itulah INSAN TERPILIH sebenarnya...kerana mereka sanggup menyahut cabaran dan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, Rasul yang menyuruh kita mempelajari bahasa Arab dan mengajarkannya kepada orang lain...
Ingatlah...
Bahasa Arab adalah bahasa yang terpilih.
Gurunya adalah guru yang terpilih.
Pelajarnya adalah pelajar yang terpilih.
Allah SWT yang memilihnya kerana bahasa Arab adalah bahasa Al Quran, bahasa Nabi pilihan, bahasa Ahli syurga, bahasa ilmu dan pengetahuan...

No comments:
Post a Comment