Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, January 21, 2010

Satu Kalimah/Perkataan Banyak Makna

Bahasa Arab adalah bahasa yang unik dan penuh dengan unsur2 balaghi [بلاغي]...kaya dengan perbendaharaan kata yang menampilkan banyak keseniannya. Kadang2 satu perkataan ada dua makna, janganlah kita menerimapakai satu makna yang kita makluminya sahaja sedang satu makna lagi kita menidakkannya...itu dangkal namanya. Cuba buka kamus Arab-Arab...anda akan dapati satu perkataan banyak maknanya. Contohnya perkataan "jadwalun" [جدول] memberi makna parit dan satu lagi maknanya jadual, lihat kedudukannya dalam ayat. Satu lagi perkataan " 'Aamun " [عام] bermaksud tahun dan am/umum.Perkataan "faslun" [فصل] bermaksud kelas dan semester dan fasal."Baabun" [باب] bermaksud pintu dan bab. "Soffun" [صف] bermaksud saf/barisan dan kelas/darjah...dan banyak lagi kalimah Arab yang datang dalam bentuk sedemikian.Sebenarnya itulah kehebatan yang ada pada bahasa Arab. Sebab itulah Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir