Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, January 13, 2010

Program Tahbibul Lughah di Tingkatan Satu

SPI telah menetapkan bulan pertama sesi persekolahan adalah bulan Tahbibul Lughah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 yang belajar bahasa Arab. Bukan pelajar sahaja yang tidak faham atau tidak tahu malah ada guru juga yang agak kelewatan sedikit dalam memahami program ini. Tidak melaksanakan program ini ertinya kita telah menutup satu minat dan selera pelajar terhadap subjek bahasa Arab kerana program Tahbibul Lughah ibarat program pembuka selera pelajar terhadap subjek yang begitu mencabar ini. Kalau kita sebagai guru tidak melaksanakannya di bilik darjah serta pelajar pula tidak mengikutinya maka ramailah pelajar yang memberi tanggapan negatif terhadap subjek bahasa Arab...kesannya dua atau tiga tahun selepas itu...kalau pelajar di kelas KAA sekolah harian biasa sudah tentu mereka akan liar dan memusuhi bahasa Arab dan terus tidak mahu mendaftar dalam peperiksaan PMR...katanya susah, ' subjek killer ', tak minat dan sebagainya. Sebenarnya kesilapan ini bermula di tingkatan satu lagi, siapakah yang meletakkan batu asas bahasa Arab di minda pelajar di hari pertama mereka berkenalan dengan bahasa Arab...di situlah tanggapan pertama mereka...seronok atau tidak, minat atau tidak, mudah atau tidak, penting atau tidak, hebat atau tidak, menarik atau tidak, cinta atau benci terhadap bahasa Arab...jangan salahkan pelajar...Program Tahbibul Lughah sebenarnya amat penting dan penentu halatuju pelajar terhadap subjek bahasa Arab...Pengalaman saya di sekolah, saya dapati ada pelajar fobia terhadap bahasa Arab, ada pelajar nervous terhadap bahasa Arab...Apa sebabnya, apa puncanya ? saya tidak tahu...sama-samalah kita muhasabah dan koreksi diri terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dengan subjek ini...demi untuk memartabatkan bahasa Al Quran yang mulia ini...

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir