Dilema calon PMR kelas KAA - Saya difahamkan pendaftaran semula secara manual bagi calon PMR akan dibuat pada januari 2010. Pendaftaran secara online pada hujung tahun lepas telah dibatalkan...Para pelajar yang belajar Bahasa Arab bermula dari tingkatan 1 lagi dan sekarang di tingkatan 3 mula dibebani dengan satu ribu satu persoalan samada nak daftar subjek Bahasa Arab atau tidak dalam PMR kerana statusnya sekadar subjek elektif...kalau anda nak buat keputusan tanyalah kepada orang yang pakar dalam Bahasa Arab - tanyalah ustaz- jangan tanya guru bukan Bahasa Arab, lain jawapannya, anda jadi keliru, itulah sebabnya ada pendapat yang mengatakan subjek Bahasa Arab adalah subjek 'killer'...justeru pelajar yang tidak punya IQ yang tinggi terus menjawab tidak mahu daftar kerana takut gagal...inilah kedudukan subjek Bahasa Arab seakan-akan status anak tiri...sedangkan ia adalah satu-satunya subjek yang amat penting dan mulia di sisi agama kita-Islam...Subjek yang banyak keistimewaannya tidak nampak dimata kasar tetapi nampak apabila dilihat dengan mata hati...Saya nasihatkan pelajar yang telah belajar Bahasa Arab selama tiga tahun adalah seeloknya mendaftarkan diri sebagai calon Bahasa Arab PMR...kecuali pelajar yang amat lemah dan tidak pernah lulus subjek Bahasa Arab dalam setiap peperiksaan dalaman, mereka ini dinasihatkan supaya tidak mendaftarkan diri sebagai calon BA PMR. Pelajar yang layak teruskan hasrat anda jangan sia-siakannya kerana nilai tambah yang ada pada sijil anda nanti amat tinggi harganya...tanamkan azam untuk mendapat straight A 9 dalam PMR, in sya Allah anda berjaya...
-
No comments:
Post a Comment