SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.

Monday, January 18, 2010

Bahasa Arab dan Bahasa Melayu adalah Bersaudara

Cuba kita selidik, kita akan dapati banyak perkataan Arab dalam bahasa Melayu terutama bahasa Melayu loghat Kelantan. Di sini saya senaraikan di antaranya :

Alim : عــالم
Ilmu : عـــلم
Iman : إيمـــان
Amal : عمـــل
Izin : إذن
Taat : طاعة
Maksiat : معــصــية
Musafir : مسافـــر
Muhasabah : محاســــبة
Masjid : مســـــجد
Musolla : مصــــلى
Bilal : بـــلال
Wajah : وجـــه
Wasiat : وصـــية
Kuat : قـــوة
Wajib : واجــب
Wakil : وكيــل
Tawakkal : توكــل
Sihat : صـــحة
Sabar : صــبر

Sebenarnya banyak lagi perkataan Arab dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh bangsa Melayu setiap hari dalam percakapan mereka. Jelaslah bahasa Arab begitu hampir dengan kita...Jika kita memerhati dan menghayati bahasa Melayu nescaya tidak sukar bagi kita untuk menguasai bahasa Arab...rajin-rajinlah melakukan kajiselidik dan rujuklah kamus Dewan atau kamus Melayu-Arab semoga kita mendapat petunjuk dan jalan dalam mempelajari bahasa Arab.Selain kamus, Al Quran adalah sumber utama untuk belajar bahasa Arab...

No comments:

Related Posts with Thumbnails
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir