Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, October 8, 2009

Program Mukhayyam Bahasa Arab Tingkatan 1, 2 dan 3 Kelas KAA 2009

Panitia Bahasa Arab SMKBd telah mengadakan program mukhayyam bahasa Arab bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 kelas KAA. Program tersebut telah terlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu pada 4 & 5 oktober 2009. Ia telah diadakan di Tg Chap Beach Resort, Pantai Chap Bachok Kelantan. Kem Komanden bagi kem tersebut ialah Tn Hj Nasir b Mohamad, Ketua Panitia BA SMKBd 2009. Bilangan pelajar yang telah menyertai kem ini ialah seramai 90 orang - 31 pelajar lelaki dan 59 pelajar perempuan. Banyak aktiviti dan program telah disusun dalam kem tersebut di antaranya ialah ceramah motivasi yang bertajuk ' Mutiara Arabi Dekat Di Hati ', ceramah format soalan BA bagi tingkatan 1 & 2, bengkel menjawab soalan, latihan dalam kumpulan, permainan bahasa dan sebagainya. Penceramah bagi slot motivasi diundang khas dari luar iaitu En Noorli b Mohd Noor, seorang penceramah dan penulis buku BA yang tersohor di negara kita. Seorang lagi penceramah jemputan ialah Ustazah Khatijah Ismail, guru B.Arab dari SMKA Tok Bachok. Beliau menyampaikan ceramah format soalan BA tingkatan 1&2.

Para peserta sedang khusyuk mendengar ceramah motovasi bahasa Arab...


...Para peserta sedang berbengkel...

Ucapan perasmian penutup oleh Pengetua SMKBd Pn Hjh Sabariah bt Hj Sair...

...sedang khusyuk mendengar ucapan...



Penceramah jemputan En Noorli sedang bertutur dalam bahasa Arab bersama seorang peserta ...

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir