Create your own banner at mybannermaker.com!

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke Blog Panitia Bahasa Arab SMKBd.
Blog ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Nasir Mohamad sejak 2008...
Anda boleh memuat turun bahan-bahan P d P c bahasa Arab seperti SP,HSP,RPT bahasa Arab, soalan-soalan, nota dsb.
Diharapkan semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pencinta bahasa Arab
dalam bidang pendidikan bahasa Arab samada secara formal atau tidak formal.
Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, October 7, 2009

Kem Bahasa Arab PMR Peringkat Negeri Kelantan 2009

Sektor pendidikan Islam, JPN Kelantan telah mengadakan Program Mukhayyam Bahasa Arab PMR peringkat negeri Kelantan pada 30 Julai - 1 Ogos 2009. Seramai lebih kurang 400 orang peserta telah berkampung di Sweat Beach Resort, Tok Bali Pasir Puteh. SMKBd telah menghantar seramai 11 orang calon BA PMR 2009 yang diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Hj Nasir Mohamad selaku guru pengiring dan fasilitator dalam program tersebut dab seorang guru pengiring perempuan juga telah hadir bersama iaitu Ustazah Hjh Zainura Mohd Zain.

Sebelum pulang para peserta Kem Bahasa Arab PMR 2009 dari SMKBd bergambar di dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali Pasir Puteh. Mereka merupakan calon BA PMR SMKBd 2009. Seramai 11 orang pelajar perempuan yang telah menyahut cabaran dan mendaftar sebagai calon BA PMR 2009. Tahniah diucapkan kepada mereka!.
Keterangan gambar - Duduk dari kanan : Nabila, Rusna Syakira, Amirah, Khairiah dan Rozana. Berdiri dari kanan : Nasuha, Rohasmira, Huda Athirah, Masni, Humaira' dan Habibah
.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Create your own Animation
widgeo.net
Blogger Website Design ustazhjnasir